THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Khamis, 9 Julai 2009

Tafsiran Dan Kaifiat Surah Al-Ikhlas

SURAH AL-IKHLAS



"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"


قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
“Katakanlah : “Dialah Allah, Yang Maha Esa”

اللَّهُ الصَّمَدُ
“Allah adalah Ilah yang bergantung kepadaNya segala urusan”

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
“Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan”

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
“Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia”

Kaifiat Membaca dan mengamalkan Surah Al-Ikhlas
Serta Kelebihan Surah Al-Ikhlas

1.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

2."Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari. **

3.Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. **
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

4.Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

5.Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

6.Abu Sa'id Al-Khanafi menerangkan :
Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas,ertinya
bersih atau lepas,maka barang siapa yang membacanya
dan mengamalkannya dengan hati ikhlas,
maka ia akan dilepaskan segala kesusahan duniawi,
dimudahkan di dalam gelombang sakaratul maut,
dihindarkan dari kegelapan kubur,
dan seksaan hari kiamat nanti.

7.Ibnu Syihab Al-Zukhri menerangkan :
Rasulullah SAW bersabda :
"Siapa membaca Surah Al-Ikhlas,seolah-olah
ia membaca sepertiga Al-Quran.

8.Riwayat Saidin Ali r.a :
Siapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali
sesudah sembahyang subuh,maka syaitan tidak akan
dapat menggodanya untuk membuat dosa,
meskipun syaitan itu dengan bersungguh-sungguh
hendak mengodanya pada hari itu.

9.Saidina Ali r.a menerangkan :
Rasulullah pernah bersabda :
"Siapa hendak pergi musafir,
kemudian ketika hendak meninggalkan rumahnya,
ia membaca Surah Al-Ikhlas 11 kali,
maka Tuhan memelihara rumahnya sampai kembali.

10.Saidina Anas menerangkan dari Rasulullah SAW :
"Siapa membaca Suratul Ikhlas 30 kali,
maka Tuhan akan menulis barakah,
selamat dari api neraka dan azab hari kiamat.

11.Imam Sayuthi menerangkan dalam kitabnya
"Addurrul Mantsur".riwayat dari Ibnu Abbas r.a
bahwa Rasulullah SAW mengatakan :
"Siapa ada hajad hendaklah berwudhu' dan
sembahyang 4 rakaat sekali salam.
Rakaat pertama mebaca Al Fatihah 1 kali dan
surah Al-Ikhlas 11 kali,
Rakaat kedua membaca sekali Al-Fatihah
dan Surah Al-Ikhlas sebanyak 21 kali,
Rakaat ketiga membaca Al-Fatihah sekali
dan Surah Al-Ikhlas 30 kali.
Rakaat terakhir membaca Al-Fatihah sekali
dan Surah Al-Ikhlas 41 kali.
Apabila sudah salam,sebelum berkata-kata
kemudian bacalah Surah Al-Ikhlas 50 kali,
selawat ke atas Nabi 50 kali,
Istighfar 50 kali,
Laa khaula walaa quwwata illa billajil aliyil adhiim 50 kali,
kemudian mohonlah apa yang dihajati kepada Allah SWT,
insya Allah,akan tertunai hajatnya.


Semoga menjadi renungan bersama2 semua muslimin muslimat.


0 comments: