THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Selasa, 21 Julai 2009

PERIHAL TENTANG MALAIKAT IZRAIL

`Izra'il (Bahasa Arab: عزرائیل) ialah nama yang masyhur bagi mala'ikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa menurut kepercayaan orang-orang Islam. Perkataan `Izra'il dipercayai berasal daripada bahasa `Ibrani atau Hebrew yang bermaksud hamba Allah. Nama `Izrail tidak pernah disebutkan di dalam Al-Qur'an atau As-Sunnah sebaliknya mala'ikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa dipanggil (Malaikat Maut) Malaku l-Mawt (ملك الموت). Bagaimanapun, malaikat maut ini juga dikenali sebagai Izrail dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris sebagai Izrail, Izrael, Azrael, Azrail, Azraille, atau Ozryel. Secara harafiah terjemahan namanya membawa erti Pembantu Tuhan.

Malaikat Izrail adalah salah satu di antara empat pembesar malaikat yang empat selain malaikat Jibrail, Mikail dan Israfil Dikenali malaikat maut kerana ia ditugaskan untuk mencabut nyawa makhluk-makhluk Allah SWT Malaikat Izrail diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan yang serupa dengan malaikat Mikail baik wajahnya, saiznya, kekuatannya, lisannya dan sayapnya. Semuanya tidak kurang dan tidak lebih.

Dari kepala hingga kedua telapak kakinya berbulu Za'faran dan di setiap bulu ada satu juta muka dan setiap satu juta muka mempunyai satu juta mata dan satu juta mulut. Setiap mulut ada satu juta lidah, setiap lidah boleh berbicara satu juta bahasa. Jika seluruh air di lautan dan sungai di dunia disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah.

Disebutkan, ketika Allah SWT mencipta Al-Maut dan menyerahkan kepada malaikat Izrail, maka berkata malaikat Izrail: "wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?". Maka Allah SWT menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun.

Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka: "Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?" Kemudian Allah SWT berfirman: "Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih Agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu".

Kemudian Allah SWT berfirman: "Hai Izrail, ambillah Al-Maut itu, dan Aku telah menyerahkannya kepada mu". Maka malaikat Izrail pun berkata: "Ya Tuhanku, apa dayaku untuk mengambil nya sedangkan ia lebih agung dari ku". Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya.

Setelah itu Al-Maut berkata: "Ya Tuhanku, izinkanlah aku untuk berseru di dalam langit sekali sahaja". Maka, setelah diizinkan, berserulah ia dengan suara yang amat keras: "Aku ini adalah Al-Maut, tugasku sebagai pemisah orang yang saling mencintai. Aku adalah Al-Maut, tugasku memisahkan antara anak dan ibunya. Aku adalah Al-Maut, tugasku memisahkan saudara lelaki dan wanita. Aku adalah Al-Maut, tugasku menghancurkan bangunan rumah dan gedung-gedung, Aku adalah Al-Maut, tugasku meramaikan kuburan. Aku adalah Al-Maut, tugasku mencari dan mendatangi kamu semuanya, walaupun kamu berada dalam lapis benteng yang amat kuat. Dan tiada satupun makhluk yang tidak merasakan kepedihanku".

Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah SWT sehingga arah barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya sebagaimana keadaan seseorang yang sedang menghadapi sebuah meja makan yang dipenuhi dengan pelbagai macam makanan yang siap untuk dimakan. Ia juga boleh membolak-balikkan dunia sebagaimana kemampuan seseorang boleh membolak-balikkan wang syilling.

Sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugasnya mencabut nyawa makhluk-makhluk dunia, ianya akan turun ke dunia bersama-sama dengan dua kumpulan malaikat iaitu malaikat Rahmat dan malaikat Azab.

PENDAPAT ULAMA' TENTANG MALAIKAT IZRAIL

1. Hafiz ibn Hajr telah membuat perbincangan mendalam mengenai nama malaikat maut, dalam bukunya Al-Imtaa [1]. Dia menyebut beberapa hadis, sungguhpun lemah, yang menyebut nama malaikat maut sebagai Izrail (Izrael).


2. Ibnu Kasir telah berkata dalam Al-Bidayatu Wan-Nihayah (1/49)[2]:

"Dan Malaku l-Mawt, maka tidaklah dinyatakan namanya di dalam Al-Qur'an, dan tidak pula di dalam hadis-hadis yang sahih. Dan telah datang penamaannya dalam beberapa asar sebagai "`Izra'il", waLlahu `alam. Dan sesungguhnya Allah ta`ala telah berkata: «Katakanlah: Malaku l-Mawt akan mematikan kamu semua, dia yang ditugaskan terhadap kamu, kemudian kepada Tuhan kamu kamu akan kembali» [As-Sajdah: 11]".


3. Dan telah berkata As-Sanadiy:

"Tidak terdapat pada penamaannya sebarang hadis yang marfu` (bersambung dengan Rasulu Llah)".


4. Dan Al-Manawiy telah berkata dalam Faydhu l-Qadir (3/32)[3] selepas dia menyebut bahawa Malaku l-Mawt telah tersebar bahawa namanya `Izra'il, dia berkata:

"Dan saya tidak menemui terhadap penamaannya dengan hal itu dalam khabar".


5. Dan telah berkata As-Syaykh Al-Albaniy dalam ta`liqnya terhadap kata-kata At-Tahawiy:

"Dan kita percaya dengan Malaku l-Mawt yang ditugaskan untuk mencabut ruh-ruh sekalian alam". Dan berkata rahimahu Llah: "Saya berkata: Inilah namanya di dalam Al-Qur’an, dan penamaannya dengan "`Izra'il" sebagaimana yang tersebar di kalangan manusia, maka tiada asal baginya, dan sesungguhnya ia adalah daripada Isra'iliyyat".


5. Dan Asy-Syaykh Ibnu `Usaymin telah berkata:

"(Malaku l-Mawt): Dan sesungguhnya telah masyhur bahawa namanya (`Izra'il), tetapi ia tidak sahih. Sesungguhnya hal ini datang dalam asar Isra’iliyyah, tidak diwajibkan untuk kita percaya dengan nama ini. Maka kita menamakan mala'ikat yang ditugaskan dengan kematian sebagai (Malaku l-Mawt) sebagaimana Allah `azza wajalla telah menamakannya dalam kata-Nya: «Katakanlah: Malaku l-Mawt akan mematikan kamu semua, dia yang ditugaskan terhadap kamu, kemudian kepada Tuhan kamu kamu akan kembali» [As-Sajdah: 11]." [Fatawa Ibnu `Usaymin

KEMATIAN

Disebutkan, ketika Allah SWT mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada malaikat Izrail, maka berkata malaikat Izrail: "Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?". Maka Allah SWT menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka: "Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?" Kemudian Allah SWT berfirman: "Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih Agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu".

Kemudian Allah SWT memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut Allah telah menyerahkan kepadanya. Walau bagaimanapun, Malaikat Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah SWT memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya.

Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya seperti seseorang yang sedang menghadap sebuah meja makan yang dipenuhi dengan pelbagai makanan yang siap untuk dimakan. Ia juga boleh membolak-balikkan dunia sebagaimana kemampuan seseorang boleh membolak-balikkan wang syiling.

Sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugasnya mencabut nyawa makhluk-makhluk dunia, ia akan turun ke dunia bersama-sama dengan dua kumpulan malaikat iaitu malaikat Rahmat dan malaikat Azab.

Walau bagaimanapun, Izrail bersama Jibril, Israfil dan Mikail pernah ditugaskan ketika Allah menciptakan Nabi Adam. Israil juga adalah antara Malaikat yang sering turun ke bumi untuk bertemu dengan para nabi antaranya ialah Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Idris a.s.

Dalam wabak Mesir yang kesepuluh, apabila Tuhan menurunkan azab untuk merampas semua nyawa anak sulung, disebut yang Malaikat Izraillah yang mengambil semua nyawa tersebuut dengan izin Allah.

ALLAHUALAM

0 comments: