THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 24 Julai 2009

KEHADIRAN SYAABAN ...BULAN KE LAPAN ISLAM

Syaban merupakan bulan ke-8 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Selepas bulan Syaaban, umat Islam akan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Ini adalah bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari air bagi ketibaan bulan yang seterusnya (bulan Ramadhan ialah bulan yang panas). Pada malam kelima belas adalah malam Nisfu Syaaban. Mengikut tradisi Islam, baginda Nabi Muhammad s.a.w. berkata yang malam ini Allah akan mengumpulkan buku amalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru bagi tahun yang akan datang

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, “Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

FADHILAT SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah: Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

ANTARA AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN PADA HARI NISFU SYAABAN


1. Selepas solat maghrib Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat


Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x


Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x



2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 16 Ogos 2008)


i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah


ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah


iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....


Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x


Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)



3. Baca surah ikhlas 1000x



4. Berpuasa pada siangnya


Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.


Antaranya yg termasyhur adalah:


1. Malam Dimustajabkan Doa


2. Malam Pembahagian Takdir


3. Malam Rahmat


4. Malam Berkat


5. Malam Pengampunan (Taubat)


6. Malam Penebusan


7. Malam Syafaat


8. Malam Penulisan


9. Malam Keagungan dan Kemuliaan


10. Malam Rezeki


11. Malam Hari Raya Para Malaikat


12. Malam Penghidupan

Allahualam......semoga Allah menerima setiap amalan kita.amin


0 comments: