THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Rabu, 8 Julai 2009

Pengertian Dan Kelebihan Surah An-Nas Dan Al-Falaq

SURAH AN-NAS

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"


قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاس
Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan
yang memelihara manusia.

مَلِكِ ٱلنَّاسِ
Yang menguasai (dan memerintah) manusia.

إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ
Tuhan yang disembah manusia.

مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ
Dari kejahatan (Syaitan) pembisik yang datang dan menghilang.

ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ
Yang membisik (kejahatan) di dalam dada manusia.

مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ
Iaitu dari (Syaitan) jin dan manusia.


SURAH AL-FALAQ


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"



قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.

مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.

وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
Dari bahaya gelap apabila ia masuk.

وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ
Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.

Kelebihan membaca surah An-Nas dan Al-Falaq

1.Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia,
takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia,
bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

2.Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia,
hendaklah baca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebnyk 41 kali selama 3 hari,
5 hari atau 7 hari berturut-turut.

3.Saidatina Siti Aisyah r.a menerangkan :
“Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur,
Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas
lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan,
kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

4.Saidina Ali r.a menerangkan :
Pernah Rasulullah SAW digigit kal jengking,
kemudian mengambil air garam,
Dibacakan surah Al-Falaq dan surah An-Nas,
lalu disapukan pada anggota yang digigit.

5.Uqbah bin Amir menerangkan :
Ketika saya sesat jalan dalam suatu perjalanan
bersama dengan Rasulullah SAW,
beliau membaca surah Al-Falaq dan Surah An-Nas,
dan akupun disuruh juga membacanya.

6.Uqbah bin Amir menerangkan :
Rasulullah SAW berkata kepadaku :
"Mahukah ku ajarkan kepadamu 2 buah surah
yang tidak terdapat dalam Zabur,Taurat dan Injil?"
"Saya menjawab :Baiklah ya Rasulullah"
Kemudian Rasulullah SAW membaca surah Al-Falaq
dan surah An-Nas.

Semoga menjadi panduan kepada semua sahabat2 ku dan semua muslimin muslimat.

0 comments: