THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 24 Julai 2009

ANAK SOLEH IDAMAN IBUBAPA

ANAK SOLEH IDAMAN IBUBAPA


أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوا اللهَ وَ أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Marilah sama-sama kita bersyukur serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Disamping kita berdoa kepada Allah s.w.t. supaya dianugerahkan zuriat yang terbaik.

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.

Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t. Maka, mimbar Jumaat pada hari ini ingin mengajak para jamaah sekelian untuk menghayati tajuk khutbah Jumaat berjudul "Anak Solah Merupakan Idaman Ibu Bapa ".

Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w :

" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".

Maksudnya : Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :

Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.

Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali - Imran ayat: 38


Yang bermaksud : Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.

Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Kedua : Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak

Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.

Ketiga : Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah

Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.

Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :


Yang bermaksud : “ Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam ”.

Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak

Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

مَا مِنْ شَىْءٍ أَثْقَلُ فِىْ مِيْزَانِ الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ

( رواه أبو دأود والترمذي )

Maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia ”.

Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal

Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :


Yang bermaksud : “ Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ”.

Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya. Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna.

Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina insane yang sempurna dan merupakan modal insane yang akan memainkan peranan untuk membangun masyarakat dan Negara yang maju mengikut acuan kita sendiri menjelang tahun 2020 akan datang.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم،


Maksudnya : “ Dan orang orang yang berkata: " wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.

( Surah al-Furqan : 74 )

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هذَا وَأَسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

IBADAH HAJI DAN UMRAH

IBADAT HAJI DAN UMRAH

SEMUA UMAT MUSLIMIN MUSLIMAT HARUS TAHU......SEBAB IANYA SALAH SATU RUKUN ISLAM......

Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.

Umrah ialah menziarahi Kaabah pada bila-bila masa untuk mengerjakan tawaf, saie dan bercukur mengikut syarat-syarat yang tertentu.

Syarat wajib haji dan umrah:

(a) Islam tidak wajib ke atas orang kafir.
(b) Berakal tidak wajib ke atas orang gila.
(c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
(d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
(e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.

2. Dalil wajib haji ke atas orang yang berkemampuan. Firman Allah S.WT.

Maksudnya: Dan mengerjakan haji itu wajib atas manusia kerana Allah, bagi mereka yang berkemampuan mengadakan perjalanan ke Baitullah.

3. Maksud istitaah @ berkemampuan:

(a) terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.
(b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
(c) mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
(d) ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
(e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.

RUKUN HAJI


Rukun haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan dalam ibadah haji. Jika tertinggal salah satu drpnya, maka tidak sah hajinya dan wajib diganti pada tahun hadapan.

Rukun haji ialah :

1. Niat Ihram haji

2. Wukuf di Arafah

Berhenti seketika di Arafah antara waktu gelincir matahari (Zohor) 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

3. Tawaf di Baitullah

Tawaf bermaksud mengelilingi Baitullahil­Haram sebanyak tujuh pusingan kerana beribadat kepada Allah S.W.T. mengikut syarat-syarat yang tertentu.

Amalan tersebut menyamai amalan malaikat yang mengelilingi Arasy Allah S.W.T. dan bertasbih memuji kebesaran­Nya.

Tawaf terbahagi kepada empat jenis, iaitu:

(a) Tawaf Qudum; iaitu Tawaf Selamat Datang ke Makkah yang dilakukan oleh mereka yang mengerjakan haji secara ifrad;

(b) Tawaf Ifadah, iaitu Tawaf Rukun yang wajib dilakukan dalam ibadat haji atau umrah;

(c) Tawaf Widak, iaitu Tawaf Selamat Tinggalbagi jemaah haji yang hendak meninggalkan Makkah;

(d) Tawaf Sunat, iaitu ketika jemaah haji menziarahi Masjidil-Haram.

Syarat-syarat sah tawaf ialah:

(a) niat kerana Allah semata-mata bukan kerana tujuan lain
(b) suci drp hadas kecil dan besar serta dari sebarang najis
(c) sentiasa mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan
(d) menutup aurat
(e) tawaf di dlm masjid dan di luar Kaabah tujuh kali pusingan dengan yakin
(f) bermula dari sudut Hajar Aswad.

4. Saie

Berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali

Syarat-syarat Saie ;

a) Dilakukan selepas Tawaf Rukun/Qudum
b) Bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah
c) Cukup 7 kali dengan yakin iaitu dikira sekali dari Safa ke Marwah dan sekali drp Marwah ke Safa
d) Hendaklah sampai ke penghujung tempat Saie di Safa dan Marwah
e) Hendaklah Saie di Batnu Wadi (tempat yang telah ditetapkan)
(f) Hendaklah saie semata-mata kerana Allah, bukan tujuan yang lain

5. Bercukur

Mengunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut

Waktu bercukur adalah ;

a) selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijah atau
b) selepas Tawaf dan Saie jika jemaah haji memilih terus ke Mekah


6. Tertib

Rukun-rukun haji hendaklah dilakukan mengikut susunan tetapi bercukur boleh dikerjakan sebelum tawaf bagi orang yang melakukan tahalul awal.

WAJIB HAJI

Wajib haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan haji. Jika di­tinggalkan salah satu daripadanya, haji seseorang itu sah tetapi diwajibkan membayar denda (dam).

Perkara wajib haji ialah:


1. Niat ihram di Miqat

(i) Wajib berniat mengerjakan haji atau umrah di Miqat.
(ii) Jika berniat di tempat lain daripada miqat yang ditentukan masih dihukumkan sah hajinya tetapi dikenakan denda kerana tidak berniat di Miqat.

Miqat ialah sempadan masa dan tempatbagi memulakan ibadat haji.

Miqat terbahagi kepada dua, iaitu:

a) miqat makani;
b) miqat zamani.

Miqat zamani bagi ibadat haji ialah pada bulan Syawal hingga 10 Zulhijrah sementara Miqat zamani bagi umrah ialah sepanjang tahun.

Miqat makani bagi ibadat haji ialah:

a) bagi jemaah haji yang datang dari arah timur spt penduduk Najd dan Kuwait ialah Qarnul Manazil. (94km dari Makkah)
b) jemaah haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah spt dari Yaman dan India ialah di Yalamlam; (54km dari Makkah)
c) bagi jemaah haji yang datang dari Madinah ialah Zulhulaifah @ Bi’ru Ali (450km dari Makkah)
d) bagi jemaah haji yang tinggal di Makkah ialah di rumah mereka sendiri;
e) bagi jemaah haji yang datang dari barat laut spt Syria, Mesir, Maghribi dan Sepanyol ialah di Juhfah.(187km dari Makkah)
f) bagi jemaah haji yang datang dari Iraq ialah Zatu lrqin (94km dari Makkah).

Miqat makani bagi umrah ialah di Tanah Halal seperti Hudaibiyah, Tan’im dan Jaknanah.



Antara hikmat-hikmat ditentukan miqat bagi ibadat haji termasuklah:

a) supaya kita memahami bahawa setiap pekerjaan ada permulaan dan ada kesudahannya;
b) supaya kita dapat membuat persiapan dan persediaan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.

2. Bermalam di Muzdalifah

(i) Bermalam di Mudzalifah selepas tengah malam 10 Zulhijah hingga subuh.
(ii) Wajib berada di Muzdalifah walaupun seketika pada waktu yang ditetapkan.

3. Melontar Jamrah Al-Aqabah

Waktu melontar Jamrah Al-Aqabah bermula dan tengah malam 10 Zulhijah hingga maghrib hari yang sama.

4. Bermalam di Mina

Hendaklah bermalam pada malam­-malam 11, 12, dan 13 Zulhijah.

5. Melontar ketiga-tiga jamrah

Waktu melontar ketiga-tiga jamrah pada hari 11, 12, dan 13 Zulhijah masing-masing dengan tujuh biji batu.

Syarat-syarat melontar

a) hendaklah melontar 7 kali pada setiap jamrah
b) hendaklah tertib iaitu memulakan dengan jamrah Al­Ula, Al-Wusta dan kemudian jamrah Al-Aqabah.
c) niat semata-mata melontar, bukan untuk tujuan lain.
d) melontar dengan batu yang suci
e) batu yang dilontar masuk ke dalam tempat melontar dengan yakin
f) melontar dengan gaya melontar
g) melontar dengan tangan
h) dilarang melontar untuk orang lain melainkan telah melontar untuk diri sendiri

6. Meninggalkan perkara-perkara yang haram semasa ihram:

(i) menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita.
(ii) memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
(iii) memakai bau-bauan pada badan, pakaian dan makanan.
(iv) memakai minyak pada rambut dan janggut.
(v) mencabut bulu atau rambut dan badan.
(vi) memotong kuku.
(vii) membunuh binatang buruan.
(viii) bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
(ix) jimak (bersetubuh).

(x) melakukan akad nikah, mewali pernikahan atau menikah (Nikah yang dilakukan dalam ihram adalah tidak sah.)

Perkara-perkara sunat haji

1. Mandi sunat ketika hendak memakai ihram.
2. Mandi ketika hendak masuk ke Makkah.
3. Mandi ketika hendak wukuf di Arafah.
4. Solat sunat dua rakaat ketika hendak memu ihram.
5. Membanyakkan membaca al-Quran dan zikir
6. Berdoa ketika bercukur.
7. Mengucapkan talbiah sepanjang ihram hingga tahalul awal.
8. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf seeloknya di belakang makam Nabi Ibra a.s.
9. Bermalam di Mina pada 9 Zulhijah.
10. Tinggal di Arafah sehingga jatuh matahari 9 Zulhijah.

Perkara yang membatalkan haji

1. Tertinggal salah satu daripada rukun haji.
2. Melakukan persetubuhan atau akad nikah sebelum tahalul pertama.

Rukun Umrah

1. Niat ihram seperti:

Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.

2. Tawaf di Baitullah (Kaabah).
3. Saie iaitu berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah

Wajib Umrah

1. Niat umrah di miqat.
2. Meninggalkan segala larangan semasa ihram.

Tahalul

1. Tahalul ialah keluar dari ihram haji atau umrah.
2. Tahalul terbahagi kepada dua, iaitu:

(a) Tahalul awal – setelah selesai drp melakukan 2 daripada perkara-perkara berikut ;

(i) Melontar di Zamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah
(ii) Bercukur
(iii) Tawaf

- boleh melakukan semua perkara yang dilarang semasa ihram kecuali

a) menjadi wali @ bernikah
b) bercumbuan
c) berjimak

(b) Tahalul Thani – setelah selesai melakukan perkara-perkara berikut ;

(i) Melontar di Zamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah
(ii) Bercukur
(iii) Tawaf

- segala larangan semasa ihram dimahsukhkan

Nafar

1. Nafar bermaksud meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi.
2. Nafar terbahagi kepada, dua iaitu:

(a) Nafar Awal
(b) Nafar Thani.

3. Nafar awal ialah meninggalkan Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijah dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi.
4. Syarat-syarat Nafar Awai ialah;

(a) keluar dari Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijah;
(b) selesai melontar di ketiga-tiga jumrah pada 12 Zulhiiah;
(c) niat tidak akan kembali lagi ke Mina;
(d) bermalam di Mina selama dua malam.

5. Nafar Thani ialah meninggalkan Mina setelah selesai melontar Jumrah pada 13 Zulhijah,
6. Nafar mempunyai beberapa hikmat seperti ;

(a) menolong jemaah haji yang uzur menyelesaikan ibadat haji dengan cepat;
(b) memberi kelonggaran kepada jemaah haji yang mempunyai urusan lain
(c) memberi peluang kepada jemaah haji memendekkan waktu ibadat haji kerana sebab-sebab tertentu

CARA MENGERJAKAN HAJI

HAJI IFRAD

Haji Ifrad iaitu mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada mengerjakan haji dahulu kemudian mengerjakan umrah @ mengerjakan umrah sebelum tiba musim haji. Haji yang paling afdhal.

Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Haji secara berasingan) di mana jemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan kemudian menyebut:

Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Aku ingin mengerjakan ibadat Haji, oleh itu permudahkanlah bagiku dan terimalah ibadat Hajiku. Lantas bertalbiah. Apabila memasuki Kota Mekah jemaah Haji mula melakukan pekerjaan Haji di Masjidil Haram di mana apabila melihat Baitullah jemaah Haji bertakbir kemudian mengucapkan LA ILAAHA ILLALLAH dan bertasbih seterusnya melakukan Tawaf bagi bukan penduduk Mekah iaitu Tawaf Qudum mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali sambil menutup bahu kiri dan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama. Cara tersebut adalah sunat di sisi jumhur dan wajib bagi Mazhab Maliki. Penduduk Mekah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut. Setelah selesai melakukan Tawaf Qudum, dilakukan pula Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan. Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram. Apabila tiba hari Tarwiah dia berangkat ke Mina dan berada di sana sehingga selesai mendirikan sembahyang Subuh hari Arafah. Setelah itu bertolak pula ke Arafah dan berada di sana serta mendirikan sembahyang Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur (Jamak Taqdim). Setelah tenggelam matahari jemaah Haji mula ifadhah (beredar) sehingga tiba di Muzdalifah lalu mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak. Apabila terbit matahari pada Hari Nahar (Hari Raya Korban), jemaah Haji ifadhah (beredar) lagi ke Mina lantas mula melontar. Talbiah tidak lagi disebut setelah bermulanya lontaran pertama. Kemudian menyembelih korban jika ingin berbuat demikian lantas bercukur atau bergunting sebagai bertahallul, dengan demikian jemaah Haji dihalal semua perkara yang diharamkan semasa dalam keadaan berihram kecuali perempuan (bersetubuh). Setelah itu jemaah haji kembali ke Mekah lalu melakukan Tawaf di Baitullah sebagai Tawaf ziarah sebanyak tujuh pusingan seterusnya bersaie di antara Safa dan Marwah jika tidak melakukan Saie selepas Tawaf Qudum. Setelah selesai bolehlah bersaie dan bertahallul serta dihalalkan baginya perempuan (bersetubuh). Jemaah Haji kembali semula ke Mina dan berada di sana sehingga selesai melontar ketiga-tiga jamrah sama ada jemaah Haji yang tergesa-gesa ingin cepat pulang atau yang masih mempunyai banyak masa. Setelah itu jemaah Haji kembali lagi ke Mekah melakukan Tawaf Wida'.

HAJI TAMATTU':

Haji Tamattu' ialah mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji, kemudian mengerjakan Haji pada tahun yang sama, di mana ketika berniat ihram Haji jemaah Haji berniat secara "Haji Tamattu'". Setelah itu dia berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara berasingan seperti yang dijelaskan sebagaimana berikut. Dia hendaklah menyebut:

Yang bermaksud: (Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Umrah kerana ingin mengerjakan Haji Tamattu'), wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Umrah, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Umrah daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Serta bertalbiah.

Ketika sampai di Mekah al-Mukarramah jemaah Haji pergi ke Baitullah al-Haram lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian bersaie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali, kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau bergunting. Jemaah Haji terus berada dalam keadaan Tahallul sehinggalah sampai pada hari Tarwiah iaitu pada 8 Zulhijah di mana jemaah Haji akan berniat Ihram Haji dari tempat dia turun sambil berkata:

Yang bermaksud: Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Haji, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Haji daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah aku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu. Wahai Tuhanku! Diharamkan bagiMu rambutku dan diriku, jasadku dan semua anggotaku, daripada wangi-wangian dan perempuan serta dari semua perkara yang Engkau haramkan terhadap orang yang berihram, aku mengharapkan pertolonganMu, wahai Tuhan sekelian alam.

Seterusnya dia mengerjakan Haji sebagaimana jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad, cuma dia perlu membayar Dam kerana menikmati kemudahan semasa mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji sebagaimana firman Allah s.w.t:

Yang bermaksud: Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati.

Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan Haji Tamattu' tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah selepas Tahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan Marwah bagi ibadat Haji mengikut pendapat jumhur ulama. Walau bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu' yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah membawa (mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji Qiran.

HAJI QIRAN

Haji Qiran ialah menghimpunkan antara Haji dan Umrah dalam satu perjalanan musafir (sekali pergi). Jemaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan dengan berkata:

Yang bermaksud: Aku telah memenuhi seruanMu untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah.

Apabila jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran memasuki Kota Mekah, dia melakukan Tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan secara berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama kemudian diteruskan dengan bersaie di antara Safa dan Marwah seterusnya disyarakkan di sisi Hanafi agar jemaah Haji melakukan pekerjaan-pekerjaan Haji sebagaimana Haji Ifrad manakala di sisi jumhur memadai bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran melakukan satu Tawaf (tujuh pusingan) dan satu Saie (tujuh pusingan) sahaja kerana Tawaf dan Saie Umrah yang dilakukan itu juga dikira sebagai Tawaf dan Saie Haji sehinggalah dia bertahallul dari Umrah dan Haji secara serentak.

DAM (DENDA)

Dam ialah denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang berikut ;

a) melakukan haji secara Tamattuk atau Qiran, atau
b) meninggalkan salah satu wajib haji, atau
c) melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram

Jenis-jenis Dam

1.
Dam Tertib dan Ta'dil -

Kesalahannya ;

Persetubuhan yang merosakkan haji

Denda

a) hendaklah menyembelih seekor unta
b) jika tidak mampu, menyembelih seekor lembu
c) jika tidak mampu, menyembelih 7 ekor kambing
d) jika tidak mampu, membeli makanan yang sama nilai dengan seekor unta dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
e) jika tidak mampu, hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor unta

Kesalahannya ;

Tidak dapat masuk ke Tanah Haram atas sebab-sebab kesihatan spt berpenyakit atau merebaknya penyakit merbahaya, atau atas sebab keselamatan spt peperangan, diculik, diancam musuh dsb sedangkan sudah berihram.

Denda

Hendaklah dia bertahallul ikhsar (ringkas) dengan ;
a) menyembelih seekor kambing dan kemudian bercukur
b) jika tidak mampu, hendaklah membeli makanan yang sama nilai dengan seekor kambing dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
c) jika tidak mampu, hendaklah hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor kambing

2. Dam Tertib dan Taqdir - iaitu dam yang tidak boleh dipilih @ diganti dengan yang lain kecuali tidak terdaya melakukannya.

Kesalahannya ;

a) ihram Tamattuk
b) ihram Qiran
c) tertinggal salah satu wajib haji
d) meninggalkan tawaf wida'
e) melanggar nazar ketika melakukan haji

Denda

a) menyembelih seekor kambing @ 1/7 unta/lembu, jika tidak mampu...
b) berpuasa 10 hari iaitu 3 hari di Mekah dan 7 hari di tanah air sendiri.

# bagi wanita yang uzur kerana haid @ nifas tidak diwajibkan tawaf widak dan tidak dikenakan dam

3. Dam Takhyir dan Ta'dil - boleh dipilih salah satu drp perkara yang telah ditetapkan.

Kesalahannya ;

a) memburu binatang buruan
b) menebang, memotong @ mencabut pokok di Tanah Haram

Denda

Denda berdasarkan bandingan binatang yang diburu, rusa bandingannya lembu dan kijang bandingannya kambing.
Denda bagi pokok yang ditebang sama spt bandingan di atas.
Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;

a) menyembelih seekor binatang bandingan atau
b) membeli makanan yang sama nilai dengan binatang bandingan dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
c) berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai binatang bandingan itu tadi.

4. Dam Takhyir dan Taqdir

Kesalahannya ;

a) melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram
b) melakukan persetubuhan selepas Tahalul Awal tetapi belum selesai Tahalul Thani
c) melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji.

Denda

Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;
a) menyembelih seekor kambing atau
b) bersedeqah kpd 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak setiap seorang atau
c) berpuasa 3 hari

CARA HAJI WANITA HAID DAN NIFAS

Ulama' telah membahagikannya kepada 3 pendapat (cara) iaitu ;

Pertama

Wanita yang mengerjakan haji secara Tamattuk, sama ada haid @ nifas sebelum atau semasa ihram, apabila sampai ke Mekah hendaklah menunggu sehingga suci. Jika ia suci pada hari berniat ihram, maka hendaklah melakukan Tawaf Umrah, saie dan bercukur (tahalul). Kemudian melakukan ibadah haji spt biasa.

Jika berterusan uzur sehingga berangkat ke Arafah (Wukuf) hendaklah ia berniat ihram Haji dan memasukkan haji ke dlm umrah sekali (jadi Haji Qiran) dan seterusnya melaksanakan dam Qiran.

Kedua

Wanita yang mengerjakan haji secara Ifrad @ Qiran hendaklah terus mengerjakan semua kerja-kerja haji melainkan Tawaf. Tawaf hanya dikerjakan apabila ia suci.

Ketiga

Sekiranya haid @ nifas masih berkekalan hingga habis musim haji dan hendak balik ke negeri masing-masing, hendaklah ia menunggu hingga suci untuk Tawaf atau dia keluar dari Mekah dgn syarat kembali semula setelah suci untuk Tawaf. Dia tidak boleh bersetubuh dengan suaminya selagi belum menyelesaikan Tawaf tadi.

Allahualam..........