THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 18 Julai 2009

10 MAYAT YANG TIDAK REPUT DAN BUSUK

DALAM satu riwayat menyatakan, apabila makhluk dibangkitkan dari kubur mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun umur akhirat dalam keadaan tidak makan, minum, duduk dan bercakap.

Bertanya orang kepada Rasulullah: “Bagaimana kita dapat mengenali orang mukmin pada hari kiamat?”

Jawab Rasulullah: “Dikenal kerana wajah mereka putih disebabkan wuduk. Apabila kiamat, malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu pada badan mereka kecuali pada tempat sujud.

“Bekas sujud tidak dihilangkan. Maka memanggil daripada zat yang memanggil. Bukanlah debu itu daripada debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu keimanan mereka.

“Oleh itu tinggallah debu itu hingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat mukmin itu mengetahui mereka adalah pelayan-Ku dan hamba-Ku.”

Disebutkan dalam hadis Rasulullah ada 10 orang yang mayatnya tidak busuk serta tidak reput dan akan bangkit dalam tubuh asal pada waktu mati. Mereka ialah:

# Nabi

# Ahli jihad

# Alim ulama

# Syuhada

# Penghafal al-Quran

# Pemimpin yang adil

# Tukang azan

# Wanita mati bersalin

# Orang mati dianiaya

# Orang yang mati pada siang hari atau pada malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang beriman.

Dalam satu riwayat lain daripada Jabir bin Abdullah, sabda Rasulullah: “Apabila datang hari kiamat dan orang yang berada dalam kubur dibangkitkan, maka Allah memberi wahyu kepada malaikat Ridhwan: “Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku mengeluarkan hamba-Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka dalam keadaan letih dan dahaga. Ambillah dan berikan mereka makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga.”

Maka Ridhwan menyeru: “Wahai sekalian kawan dan semua anak yang belum baligh.” Lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buah-buahandan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun kayu di bumi.

Jika Ridhwan berjumpa mukmin dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Haqqah bermaksud: “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang kamu kerjakan pada hari yang lalu itu.”

0 comments: