THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 10 Julai 2009

HUKUM TAJWID

MARI BELAJAR HUKUM TAJWID......

WAQAF( ظˆظ‚ظپ ).
Dari sudut bahasa: Berhenti / menahan. Dari sudut istilah tajwid: Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan.

Jenis Waqaf :

1.
Waqaf Lazim( ط§ظ„ظˆظ‚ظپ ط§ظ„ظ„ط§ط²ظ… )/ Waqaf Tam( ط§ظ„ظˆظ‚ظپ ط§ظ„طھط§ظ… ).
Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz (dari segi i'rab) dan maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya. Waqaf ini bertanda:( ظ… )

SURAH AL-BAQARAH -AYAT 26


2.
Waqaf Ja'iz (Berhenti Harus) ط§ظ„ظˆظ‚ظپ ط§ظ„ط¬ط§ط¦ط² . Bacaan diharuskan berhenti atau sambung. Kedudukan hukum bahagian ini kadangkala sama (berhenti atau sambung), kadangkala sambung lebih baik dari berhenti dan kadangkala berhenti lebih baik dari sambung (iaitu menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak merosakkan maknanya).

A.
Waqaf Kafi( ط§ظ„ظˆظ‚ظپ ط§ظ„ظƒط§ظپظٹ ).
Bacaan harus diberhentikan atau disambung malah berhenti lebih baik dari sambung. Ia dinamakan demikian kerana lafaznya sempurna dan tidak bergantung dengan lafaz selepasnya. Tandanya( ظ‚ظ„ظٹ ).

SURAH AL-BAQARAH -AYAT 205


B.
Waqaf Tasawi( ظˆظ‚ظپ ط§ظ„طھط³ط§ظˆظٹ ).
Kedudukan hukum bacaan tersebut ketika berhenti dan sambung adalah sama. Tandanya:( ط¬ ).

SURAH AN-NISA' AYAT 12


C.
Waqaf Hasan( ط§ظ„ظˆظ‚ظپ ط§ظ„ط­ط³ظ† ).
Bacaan yang diharuskan berhenti atau sambung malah sambung adalah lebih baik dari berhenti. Ia dinamakan demikian kerana memberhentikan bacaan padanya adalah lebih baik. Tandanya( طµظ„ظٹ ).

SURAH AL-MAI'DAH - AYAT 8



3.Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian) ظˆظ‚ظپ ط§ظ„ظ…ط±ط§ظ‚ط¨ط© . Ia juga dinamakan Waqaf Ta'anuq (Berhenti Berikat) iaitu memberhentikan bacaan pada salah satu dari dua tempat Waqaf yang berdekatan tanpa Waqaf pada kedua-duanya.

SURAH AL-BAQARAH - AYAT 2



4.Waqaf Mamnu' (Berhenti Tertegah) ط§ظ„ظˆظ‚ظپ ط§ظ„ظ…ظ…ظ†ظˆط¹ . Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak sempurna maknanya kerana makna dan lafaznya masih tergantung dengan kata-kata yang berikutnya dan ia ditegah berhenti. Tanda Waqaf tersebut ialah:( ظ„ط§ ).

SURAH AL-MA'IDAH AYAT 53



5.Saktah Latifah (Berhenti baik / Elok) ط§ظ„ط³ظƒطھط© ط§ظ„ظ„ط·ظٹظپط© . Menghentikan seketika bacaan tanpa bernafas sekadar dua harakat. Tandanya ialah:( ط³ ).

SURAH AL-KAHFI AYAT 1


HAMZAH
Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hamzah Wasal dan Hamzah Qat'ie

1.
Hamzah Qat'ie( ظ‡ظ…ط²ط© ط§ظ„ظ‚ط·ط¹ ).
Hamzah ini tetap disebut pada permulaan bacaan, pada ketika bacaan sambung dan pada tulisan. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie ialah kerana ia memutuskan beberapa huruf dari huruf yang lain ketika membacanya. Hamzah Qat'ie terletak pada awal kalimah, pada pertengahan kalimah atau pada akhir kalimah. Ia juga terletak pada kata nama (isim), kata kerja (fe'el) dan sendi nama (harf).
Hukumnya ialah ia perlu disebut ketika membacanya

SURAH AL-BAQARAH - AYAT 4



2.
Hamzah Wasal( ظ‡ظ…ط²ط© ط§ظ„ظˆطµظ„ ).
Ia disebut pada permulaan bacaan dan digugurkan sebutannya ketika dibaca secara sambung dengan huruf sebelumnya. Ia dinamakan demikian kerana disambung dengan huruf yang bertanda Sukun pada awal perkataan. Tanda Hamzah Wasal ialah terdapat huruf Sad di atas huruf Alif.

A.
Hukum Hamzah yang berbaris atas: Hamzah Wasal yang berbaris atas disebut ketika memulakan bacaan dengannya jika sekiranya ia berada di dalam kata sandang( ط§ظ„ )takrif yang sentiasa disandang pada kata nama am. Contohnya:( ط§ظ„ط­ظ…ط¯ ظ„ظ„ظ‡ ط±ط¨ ط§ظ„ط¹ط§ظ„ظ…ظٹظ† - ط§ظ„ط±ط­ظ…ظ† ط§ظ„ط±ط­ظٹظ… )

SURAH AL-FATIHAH



B.
Hukum Hamzah yang berbaris bawah: Ia disebut ketika memulakan bacaan jika sekiranya ia berada di dalam kata kerja, huruf ketiganya berbaris atas atau berbaris bawah atau berada di dalam terbitan kata kerja yang telah lalu( ط§ظ„ظپط¹ظ„ ط§ظ„ظ…ط§ط¶ظٹ ).
Contohnya:( ط§ط±ط¬ط¹ ط¥ظ„ظٹظ‡ظ…) (ط§ط³طھظƒط¨ط§ط±ط§ ظپظٹ ط§ظ„ط£ط±ط¶) (ط§ط¯ظپط¹ ط¨ط§ظ„طھظٹ ظ‡ظٹ ط£ط­ط³ظ† ).
Perhatian penting: Di dalam bacaan, Hamzah Wasal terdapat pada tujuh tempat iaitu:( ط§ط³ظ… - ط§ط«ظ†طھظٹظ† - ط§ظ…ط±ط£ط© - ط§ظ…ط±ط¤ - ط§ط¨ظ†ط© - ط§ط¨ظ† ).
Manakala hukum mula bacaan Hamzah Wasal di dalam kalimah-kalimah ini ialah wajib dibaca dengan baris bawah.

SURAH AT-TAUBAH - AYAT 80



C.Hukum Hamzah yang berbaris hadapan: Ia disebut ketika memulakan bacaan dengannya, jika huruf yang ketiga di dalam kata kerja suruhan berbaris hadapan. Contohnya:( ط§ط±ظƒط¶ ط¨ط±ط¬ظ„ظƒ - ط§ط¯ط¹ ط¥ظ„ظٹ ط³ط¨ظٹظ„ ط±ط¨ظƒ )

AL-A'RAAF -AYAT 55


D.
Ketika bacaan sambung, Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan untuk mengukuhkan huruf Sukun ketika itu ke atas huruf selepasnya dan ia tidak memerlukan kepada Hamzah. Pada ketika ini Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan sambung. Ketika memulakan bacaan dengan Hamzah Wasal, barisnya mestilah disebut sama ada ia berbaris atas, berbaris bawah atau berbaris hadapan. Jika Hamzah Wasal berada di dalam satu kalimah contohnya:( ظˆط§ظ„ظ„ظ‡ - ظˆط¨ط§ظ„ط­ظ‚ ), ia tidak boleh disebut sama sekali kerana tidak sah menyebutnya secara berasingan dalam apa keadaan sekalipun. Apabila Hamzah Wasal yang berbaris bawah bertemu dengan Hamzah Istifham (persoalan), Hamzah Wasal perlu dibuang dan disebut Hamzah Istifham secara berbaris di atas. Keadaan ini terdapat pada tujuh tempat di dalam al-Quran iaitu:- Pertama:( ط£طھط®ط°طھظ… )dari firman Allah( ظ‚ظ„ ط£طھط®ط°طھظ… ط¹ظ†ط¯ ط§ظ„ظ„ظ‡ ط¹ظ‡ط¯ط§ ).
Kedua:( ط£ط·ظ„ط¹ )dari firman Allah( ط£ط·ظ„ط¹ ط§ظ„ط؛ظٹط¨ ط£ظ… ط£طھط®ط°طھظ… ط¹ظ†ط¯ ط§ظ„ظ„ظ‡ ط¹ظ‡ط¯ط§ ).
Ketiga:( ط£ظپطھط±ظ‰ )dari firman Allah( ط£ظپطھط±ظ‰ ط¹ظ„ظ‰ ط§ظ„ظ„ظ‡ ظƒط°ط¨ط§ ).
Keempat:( ط£طµط·ظپظ‰ )dari firman Allah( ط£طµط·ظپظ‰ ط§ظ„ط¨ظ†ط§طھ ط¹ظ„ظ‰ ط§ظ„ط¨ظ†ظٹظ† ).
Kelima:( ط£طھط®ط°ظ†ط§ظ‡ظ… )dari firman Allah( ط£طھط®ط°ظ†ط§ظ‡ظ… ط³ط®ط±ظٹط§ ط£ظ… ط²ط§ط؛طھ ط¹ظ†ظ‡ظ… ط§ظ„ط£ط¨طµط§ط± ).
Keenam:( ط£ط³طھظƒط¨ط±طھ )dari firman Allah( ط£ط³طھظƒط¨ط±طھ ط£ظ… ظƒظ†طھ ظ…ظ† ط§ظ„ط¹ط§ظ„ظٹظ† ).
Ketujuh:( ط£ط³طھط؛ظپط±طھ ) dari firman Allah( ط³ظˆط§ط، ط¹ظ„ظٹظ‡ظ… ط£ط³طھط؛ظپط±طھ ط£ظ… ظ„ظ… طھط³طھط؛ظپط± ظ„ظ‡ظ… ).
Hamzah Wasal yang berbaris di bawah juga apabila bertemu dengan Hamzah Istifham (persoalan), Hamzah Wasal mestilah dibuang dan Hamzah Istifham mesti disebut secara berbaris di atas.

SURAH AL-BAQARAH AYAT 72


QALQALAH

Qalqalah( ط§ظ„ظ‚ظ„ظ‚ظ„ط© )Dari sudut bahasa: Bergerak-gerak dan gementar. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Bunyi lantunan yang kuat dari makhraj hasil dari bacaan huruf yang bertanda Sukun di mana makhrajnya ditekan terlalu kuat kemudian dilepaskan dalam waktu yang singkat sama ada huruf Sukun itu asli atau mendatang.

1.Lantunan yang paling rendah( ط£ظ‚ظ„ ط´ط¯ط© ): Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah contohnya: Huruf Qaf di dalam kalimah( ظˆط®ظ„ظ‚ظ†ط§ظƒظ… ط£ط²ظˆط§ط¬ط§ ).

YASIIN - AYAT 54



2.Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan( ظ…طھظˆط³ط· ط´ط¯ط© ): Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid) contohnya: Huruf Ta'( ط· )di dalam kalimah( ظˆط§ظ„ظ„ظ‡ ظ…ظ† ظˆط±ط§ط، ظ…ط­ظٹط· )

HUD -AYAT92



3.Lantunan yang paling tinggi( ط£ظ‚طµظ‰ ط´ط¯ط© ): Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid) contohnya huruf Qaf di dalam kalimah( ظ‚ط§ظ„ ط±ط¨ ط£ط­ظƒظ… ط¨ط§ظ„ط­ظ‚ )

SURAH AL-BAQARAH AYAT 176


NUN DAN TANWIN

1.Iqlab( ط§ظ„ط¥ظ‚ظ„ط§ط¨ ).
Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan bunyi Nun Sukun dan Tanwin kepada bunyi huruf Mim lalu diikhfa'kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba' yang berbaris serta dikekalkan sifat dengung. Dinamakan Iqlab ialah kerana Nun Sukun atau Tanwin bertukar menjadi Mim yang tersembunyi. Hurufnya ialah Ba'.

SURAH AL-NAHL AYAT 66



2.
Idgham( ط§ظ„ط¥ط¯ط؛ط§ظ… ).
Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Idgham ini terbahagi kepada dua bahagian:- Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung) dan Idgham Bila Ghunnah (memasukkan tanpa dengung).
Idgham tidak akan terhasil kecuali dari dua kalimah. Bilangan huruf Idgham sebanyak enam huruf yang terhimpun di dalam kalimah( ظٹط±ظ…ظ„ظˆظ† ).

A.
Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung)( ط¥ط¯ط؛ط§ظ… ط¨ط؛ظ†ط© ).
Ia dari empat huruf yang terhimpun di dalam kalimah( ظٹظ†ظ…ظˆ )iaitu Ya', Nun, Mim dan Wau. Apabila salah satu dari hurufnya bertemu dengan Nun Sukun atau Nun Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah, ia mestilah dibaca secara Idgham Bighunnah atau Ma'al Ghunnah kecuali pada dua tempat iaitu: ( ظٹط³ ظˆط§ظ„ظ‚ط±ط¢ظ† ط§ظ„ط­ظƒظٹظ… - ظ† ظˆط§ظ„ظ‚ظ„ظ… ظˆظ…ط§ ظٹط³ط·ط±ظˆظ† ).
Hukum membacanya pula ialah Izhar Mutlaq berlainan dengan kaedah asal kerana mengikut bacaan riwayat Hafs

SURAH AL-BAQARAH AYAT 58



B.
Idgham Bila Ghunnah( ط¥ط¯ط؛ط§ظ… ط¨ط¯ظˆظ† ط؛ظ†ط© )iaitu memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra' dan Lam. Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sukun atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah kecuali pada Nun( ظ…ظ† ط±ط§ظ‚ )kerana di dalam bacaan ini wajib diam seketika (tanpa menyambung nafas) dan ia tidak diidghamkan.

SURAH AL-BAQARAH AYAT 25



NUN DAN MIM

Nun dan Mim yang bersabdu. Nun yang bersabdu, Mim yang bersabdu dan huruf yang bersabdu pada asalnya terdiri dari dua huruf iaitu huruf yang pertama Sukun dan yang kedua berbaris.

1.Nun Bertasydid -
Mim bersabdu pada asalnya terdiri dari dua Mim, pertama Sukun dan kedua berbaris. Mim Sukun dimasukkan ke dalam Mim yang berbaris sehingga kedua-duanya membentuk satu huruf yang bersabdu. Hukum Mim yang bersabdu adalah wajib dibaca secara Izhar Ghunnah (menzahirkan dengungnya) sepanjang dua harakat. Mim yang bersabdu dinamakan huruf dengung yang disabdukan.

SURAH AZ-ZUMAR


2.MIM BERTASYDID-Nun bersabdu pada asalnya terdiri dari: Dua Nun, pertama Sukun dan kedua berbaris, Nun yang berbaris mati dimasukkan ke dalam Nun yang berbaris hidup sehingga kedua-duanya membentuk satu huruf yang bersabdu. Hukum Nun yang bersabdu adalah wajib dibaca secara Izhar Ghunnah (menzahirkan dengungnya) sepanjang dua harakat. Nun yang bersabdu dinamakan huruf dengung yang disabdukan.

SURAH AT-TAKAATHUR AYAT 6



MIM SUKUN

Mim Sukun yang terletak sebelum huruf hijaiah (Huruf Arab) kesemuanya kecuali ketiga-tiga Huruf Mad kerana untuk mengelakkan dari bertemu dua huruf Sukun.

1.
Izhar Syafawi( ط§ظ„ط¥ط¸ظ‡ط§ط± ط§ظ„ط´ظپظˆظٹ ).
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan syafawi kerana Mim Sukun iaitu huruf yang zahir keluar dari dua bibir mulut dan ia disandarkan kepada makhraj huruf yang zahir kerana tepat sebutannya. Izhar Syafawi adalah terdiri dari dua puluh enam huruf iaitu kesemua huruf hijaiah selepas dibuang huruf Mim dan Ba'. Perlu diperhatikan apabila terdapat huruf Wau atau Fa' selepas Mim Sukun, huruf Mim Sukun mestilah dibaca secara Izhar Syafawi (dinyatakan sebutan) supaya terselamat dari keraguan membacanya secara Ikhfa' di mana huruf Mim wajib dibaca secara Ikhfa' ketika bertemu dengan huruf Ba' kerana makhraj huruf Mim dengan huruf Wau adalah sama manakala makhraj huruf Mim dengan huruf Fa' pula adalah berhampiran.

AL-FAJR -AYAT 6



2.
Ikhfa' Syafawi( ط§ظ„ط¥ط®ظپط§ط، ط§ظ„ط´ظپظˆظٹ ).
Dari sudut bahasa: Tersembunyi Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf pertama. Ia dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba' sama-sama keluar dari dua bibir mulut. Ikhfa' Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba'.

SURAH AT-TUUR AYAT 20



3.
Idgham Mithlain Saghir( ط¥ط¯ط؛ط§ظ… ظ…ط«ظ„ظٹظ† طµط؛ظٹط± ).
Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun (mati) ke dalam huruf berikutnya yang berbaris hidup dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Ia dinamakan Mithlain (dua jenis huruf yang sama) kerana ia terbentuk dari dua huruf yang sama makhraj dan sifat manakala dinamakan saghir (kecil) pula ialah kerana huruf yang pertama berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Idgham Mithlain Saghir terdiri dari satu huruf iaitu Mim

SURAH AL-WAAQI'AH AYAT 81




0 comments: