THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Ahad, 12 Julai 2009

HIKMAT AYAT SERIBU DINAR

Ayat 2 dan 3 surah at-Tolaq atau lebih dikenali sebagai ayat 1ooo dinar merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan kerezekian serta perlindungan diri. Ramai orang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Sesiapa yang berminat bolehlah mengamalkannya tetapi haruslah secara berterusan. Namun ayat ini ada kisahnya.

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi nabi Khaidhir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Sesuai seperti yang diperintahkan, pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu nabi Khaidhir. Lalu nabi Khadhir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Tolaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayarannya datang angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan nabi Khaidhir. Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin taufan yang melanda, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri, bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Tolaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Khaidhir itu digelar ayat 1000 dinar.


Barangsiapa mengamalkan ayat ini insya-Allah akan:
1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang insya-Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menyampaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Cara untuk mengamalkannya hendaklah dibaca setiap selesai dari solat 5 waktu, sebelum berangkat ke pejabat atau tempat kerja dan bacalah juga setiap kali sebelum hendak tidur. Bacalah dengan bilangan 3 atau 5 atau 7 kali. Inilah ayatnya…




*Amalkan dan yakin pada Allah... Semoga kita mendapat manfaatnya..

0 comments: