THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 11 Julai 2009

MARI KITA MENGURUSKAN EMOSI KITA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdulillah hirabbil alamin.. Syukur Ya Allah kerana masih dipanjangkan umur untuk terus menulis dan meneruskan kehidupan dengan baik dan selesa.. Syukur jugak kerana masih ada sahabat2 aku yg baik dan sentiasa mengingatkan aku di kala aku lupa.. syukur pada sahabat2 yang masih boleh terima dan memaafkan semua kesalahanaku samada sedar atau pun tidak... syukur kapada ahli keluarga yg sentiasa menyokong dan tidak henti2 memberi nasihat... betapa baiknya kehidupan yg dilalui... Syukur ya Allah.. dan kerana itu.. aku juga telah ditemukan sahabat2 yang baik hati... sehingga aku disedarkan tentang satu perkara.. dan hari ini aku mencarinya di setiap pelusuk internet.. dan Alhamdulillah ada banyak penerangan mengenainya.. dan kini aku sedar bahawa semua itu datangnya dari dalam diri kita sendiri... hari ini aku cuma sempat postkan mengenai emosi sedih dan kecewa... InsyaAllah aku akan cari lagi bagaimana utk mengawal emosi yang lain..

Mengawal emosi sedih dan kecewa

Sumber ini aku dapatkan dari ntvirus.wordpress.com.. dan aku setuju sangat dgn apa yg dibicarakannya.. aku cuma akan tambah dan olah sedikit apa yg aku rasakan perlu bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa... untuk menghilangkan emosi ini bukan semudah yg di sangka dan pelbagai cara untuk mengawalnya mengikut cara anda dan jugak keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi dan kesabaran masing2.. tetapi mengikut empunya 'ntvirus' cara yg paling berkesan adalah seperti dibawah dan menurutnya lagi cara ini telah diguna pakai oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu... Menurut empunya ntvirus lagi.. ada 7 tips asas utk menggembirakan hati yg sedih, kecewa dan sengsara serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, dan beliau telah mengabungkan dengan cara beliau sendiri... dan aku lihat semuanya bertepatan dgn apa yg aku rasa.. dan sedikit sebanyak aku belajar daripadanya.. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.

Bunyinya senang mau dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda. Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

selain daripada itu... kongsi setiap masalah dan apa yg dirasa adalah perlu.. jangan pendam-pendam.. ndak baik utk kesihatan.. heheheh.. tips ini jugak boleh di praktikan..

  • Dapatkan seorang kawan dan berkongsi perasaan
  • Dalam majlis, cuba gunakan masa untuk mendengar orang lain bercakap
  • Buat renungan yang berbentuk kerohanian sambil menghayati ciptaan Allah S.W.T
  • Belajar dalam kumpulan
  • Buat sesuatu hobi di rumah seperti menanam bunga, memelihara kucing atau melukis
  • Baca buku-buku agama yang boleh meningkatkan keimanan dan taqwa
  • Berjalan kaki waktu pagi sambil menghayati keindahan alam dengan memberikan perhatian kepada suara, bau-bauan dan lain-lain input sensori
  • Ambil bahagian dalam seminar dan cuba berkomunikasi dan mengeluarkan perasaan anda
  • Buat renungan yang berbentuk kerohanian sambil menghayati penciptaan Allah (S.W.T).


Sedikit kata-kata yg perlu di kongsi bagi megawal emosi marah...

Anyone can become angry.. that is easy. But to be angry with the right person.. to the right degree at the right time for the right purpose and in the right way.. that is not easy...
-Aristotle

You don't care about someone because of who they are;
you care about them because of the way they make you feel..
-Irwin Federman

"kamu tidak akan dapat menolong semua orang dengan hartamu tetapi berilah mereka kelapangan (kegembiraan) dengan muka manis (senyum) dan berakhlak mulia"
-Muslim

Hendaklah engkau pelihara 3 perkara yang menjadi panduan orang muslimin iaitu:
  • Jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya maka janganlah engkau menyusahkan dia
  • Jika engkau tidak dapat menyukakan dia.. maka janganlah engkau mendukakan dia
  • Jika engkau tidak hendak memuji dia.. maka janganlah engkau mencela dia
-Al Razi (Yahya bin Mu'adh)

Semoga apa yg telah disampaikan ada manfaatnya.. semoga kita dapat mengawal emosi dengan baik.. tidak banyak tapi sedikit lebih memadai daripada tiada langsung.. cuba.. berusaha.. doa dan tawakal.. InsyaAllah semuanya akan baik2 belaka.. mudah2an.. Amin..

0 comments: