THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 11 Julai 2009

SEMUA UMAT ISLAM HARUS TAHU SEMUA INI

Pengajaran besar yg aku dapat.. musibah dan masalah yg orang lain hadapi.. mungkin kita jugak akan hadapi.. 'nauzubillah minzalik' semoga kita di jauhi... sapa tahu.. kadang ada yg berkata 'Tuhan tidak adil' (astagfirullah aldzim).. dan tidak kurang jugak yg berkata 'aku tidak minta tapi itulah ujianNYA'... dan ada jugak yang berkata '' biarkanlah.. hal kecik ja tu"... bila difikir.. betul jugak.. rupanya setiap masalah atau musibah itu.. bukan sahaja org lain yang menilainya.. tp.. kita juga sebagai penanggung akibatnya... bila hal tersebut telah selesai.. kita rasa lega.. dan akan berkata kepada org lain yg menghadapinya.. '' ala.. hal kecik ja tu.. ko rileks ja..'' hahahah... begitulah seterusnya.. jadi.. apa yg aku dapat simpulkan... itulah "hikmahnya".. hikmah kecil yg terselindung.. dan sejuta kebaikan yg kita akan terima di masa akan datang.. Wallahualam... dan bersyukur keatasNYA..

Setelah itu.. aku paparkan sedikit hikmah berdoa, panduan berdoa, masa2 dan hari2 yang baik utk berdoa, doa yg dikabulkan.. yg aku telah cari di mana lagi kalau bukan ''internet'' hihihihi.. ada yg menganggap berdoa itu seperti adanya... menggagapnya remeh.. ringkas2 sahaja.. asalkan ada.. seperti yg aku lakukan selalu.. hihihih.. dan bila doa tidak dikabulkan.. rasa sedih.. kecewa.. trus ada yg 'give-up' dan tidak mahu berdoa lagi.. jadi.. apa yg aku papar ini.. mudah2an menjadikan kita tahu dan senang untuk berdoa.. dan yakin doa kita akan dikabulkan.. doa-doa harian.. akan aku himpunkan dan akan paparkan di masa akan datang.. InsyaAllah.. dan untuk pengetahuan semua aku bukanlah seorang pelajar Agama.. atau pernah belajar di Universiti Al-Azhar.. atau dari mesir dan sebagainya.. jauh sekali belajar sekolah agama dan pondok walau pun ketika kecil.. aku cuma pernah belajar mengaji ketika kecil lagi dengan seorang ustaz.. yang akhirnya telah berpindah.. dan aku hanya sempat tamat 'muqadam' dan surah Al' Baqarah ntah terhenti hingga ayat keberapa.. dan ketika ini.. aku tengah berusaha untuk belajar mengaji kembali dengan adik yg telah tamat.. dan sedikit sebanyak belajar setiap perkara dengan sahabat2 ku Lina dan Kafle.. dan Alhamdullilah.. aku belajar sedikit2.. agar tidak hilang sepenuhnya.. dan mudah2an apa yg aku paparkan sebelum dan selepasnya di blog ini.. ada manfaatnya untuk semua... kerana apa saja persoalan di benakku.. dan jawapannya akan aku 'postkan' di blog ini.. aku bukan mengajar tetapi aku ingin belajar... setiap yg baik itu datangnya dari Allah SWT.. dan pastinya setiap yg buruk itu datangnya dari kelemahan aku sendiri...

Hikmah Berdoa

1. Doa adalah sebagai pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.

2. Dengan berdoa akan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin.

3. Allah amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya.

4. Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa kita, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'. (surah Ar-Ra'du ayat 28).

5. Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.

6. Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bersabda Rasulullah, 'Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (setiasa) mendoakannya'. (H.R.Bukhari dan Muslim)

7. Dengan berdoa Allah akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Bersabda Rasulullah, 'Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat'. (H.R.Ad-Dailami)

8. Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Bersabda Rasulullah, 'Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H.R.Muslim)

Panduan supaya doa diterima oleh Allah

1. Memahami dan mengerti akan maksud serta makna doa yang diminta. Kita boleh menggunakan apa-apa juga bahasa sewaktu berdoa asalkan kita memahami dan mengerti akan maksud yang diminta itu. Namun sebaik-baik bahasa yang harus digunakan adalah Bahasa Arab kerana ia adalah Bahasa Al-Quran yang diturunkan oleh Malaikat melalui wahyu yang datang terus dari Allah s.w.t. Selain itu semua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah juga adalah dalam Bahasa Arab.

2. Berdoa dengan penuh keikhlasan hati serta merendahkan diri semata-mata hanya kerana Allah.

3. Berdoa dan meminta kepada Allah dengan sebenar-benar permintaan dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

4. Tidak berdoa dan meminta kepada sesuatu perkara yang mustahil, sesuatu perkara yang buruk atau pada perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.

5. Berdoa dengan penuh khusyuk dan keyakinan diri bahawa doa yang di pohonnya itu akan diperkenankan oleh Allah.

6. Berdoa, bertaqwa dan bertawakal kepada Allah iaitu dengan memelihara dan menjaga setiap suruhan dan larangan-Nya.

7. Tidak pernah berputus asa didalam doanya sekalipun permintaannya itu lambat dimakbulkan oleh Allah malah sentiasa beristiqomah, sabar dan menyerah diri kepada Allah.

11 Doa yang cepat diperkenankan oleh Allah

1. Doa dari para Malaikat.
2. Doa dari para nabi dan rasul.
3. Doa dari raja, pemerintah atau pemimpin yang adil.
4. Doa dari orang yang soleh dan bertaqwa.
5. Doa kedua ibu bapa ke atas anak-anaknya.
6. Doa dari anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.
7. Doa dari orang yang dizalimi atau dianiaya.
8. Doa dari orang yang berpuasa.
9. Doa dari orang tua dan kanak-kanak.
10. Doa dari orang yang sakit dan berada dalam kesusahan.
11. Doa dari orang yang keluar bermusafir pada perkara yang diharuskan oleh syara'.

10 sebab-sebab doa tidak diperkenankan oleh Allah

1. Kita mengaku mengenali Allah tetapi tidak pernah menunaikan akan hak-hakNya dengan melaksanakan segala surahan-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.

2. Kita mengakui menyintai Rasulullah tetapi tidak pernah sekali pun mengikuti sunnahnya.

3. Kita mengakui bahawasyaitan itu adalah musuh yang paling ketat tetapi masih patuh dan mengikuti segala hasutannya.

4. Kita sering membaca kitab suci Al-Quran tetapi tidak pernah mengamalkan segala isi kandungnya.

5. Kita sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari seksaan api neraka tetapi dalam masa yang sama kita masih melakukan maksiat dan dosa.

6. Kita sering mengumpat dan mendedahkan keaiban saudara seagama kita tetapi tidak pernah melihat kepada keaiban sendiri.

7. Setiap hari kita mendapat nikmat dan rezeki yang Allah beri tetapi tidak pernah sekalipun mahu bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya.

8. Kita mengiringi dan mengebumikan jeazah di perkuburan tetapi tidak pernah mahu mengambil iktibar dari kematian itu.

9. Kita tahu dan yakin bahawa kematian itu pasti berlaku tetapi tidak membuat persiapan untuk menuju ke sana.

10. Kita sentiasa berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga dan ditempatkan bersama orang-rorang soleh tetapi tidak pernah berusaha mendapatkannya.

Waktu yang terbaik untuk berdoa

1. Waktu sahur.
2. Waktu selepas azan.
3. Waktu 1/3 malam.
4. Waktu hujan lebat.
5. Waktu melihat Kaabah.
6. Waktu tawaf dan sa'ei.
7. Waktu setiap kali lepas sembahyang.
8. Waktu setiap kali lepas membaca al-Quran.
9. Waktu hampir untuk berbuka puasa.
10. Waktu berpuasa wajib atau puasa sunat.
11. Waktu di antara dua khutbah Jumaat.
12. Waktu di antara iqomah dan sembahyang.
13. Waktu berkumpul dalam majlis ilmu atau majlis zikir.
14. Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.
15. Waktu semasa meminum air zam-zam.

Hari-hari yang terbaik untuk berdoa

1. Malam Jumaat dan waktu siangnya.

2. Malam Hari Raya dan watktu siangnya.
3. Malam Lailatul Qadar.
4. Malam Israk dan Mikraj.
5. Malam Nisfu Syaaban.
6. Malam pertama bulan Rejab.
7. Hari Arafah.


Perkara yang perlu dilakukan apabila bermimpi sesuatu yang menakutkan


1. Ludah ke sebelah kiri (3 kali).

2. Minta perlindungan dengan Allah daripada syaitan dan daripada perkara buruk yang telah dilihatnya (3 kali).

3. Jangan menceritakan mimpinya kepada seseorang pun.

4. Menukarkan posisi tidurnya.

5. Bangun untuk melakukan solat jika ingin melakukannya


Apa yang perlu diucap dan dilakukan apabila berdosa

"Setiap orang yang melakukan dosa hendaklah berwudhu' dengan sempurna. Kemudian mengerjakan solat sunat (taubat) dua rakaat. Kemudian, memohon keampunan (beristighfar) daripada Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya".

Ajaran kepada orang yang sedang nazak

Sesiapa yang akhir ucapannya ...

Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah
... dia akan dapat masuk syurga.

* Semoga Allah merahmati setiap apa yg kita lakukan.. dan melakukan perkara kebaikan itu.. kejalan Allah swt..

0 comments: