THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 11 Julai 2009

HUKUM TAJWID BAHAGIAN 2

LAM SUKUN

Huruf-huruf Lam Sukun di dalam al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian: Lam Ta'rif( ظ„ط§ظ… ط§ظ„طھط¹ط±ظٹظپ )atau Lam( ط§ظ„ ), Lam Fi'li( ظ„ط§ظ… ط§ظ„ظپط¹ظ„ )dan Lam Harfi( ظ„ط§ظ… ط§ظ„ط­ط±ظپ )

1.LAM TA'RIF

Lam( ط§ظ„ )iaitu Lam yang dikenali dengan Lam Ta'rif yang dapat bersama-sama dengan kata nama (isim).
Ia juga sebagai tambahan untuk membentuk kalimah sama ada kalimah tersebut boleh ditulis tanpanya seperti( ط§ظ„ط£ط±ط¶ )ataupun tidak boleh ditulis tanpanya seperti( ط§ظ„ط°ظٹظ† )menyebabkan penambahan Alif Lam( ط§ظ„ )ke dalam kalimah sedemikian adalah sangat perlu, dengan kata lain ia tidak boleh dipisahkan dari kalimah yang berada bersamanya.
Hukum bacaan di dalam bahagian ini ialah wajib dibaca secara Idgham (dimasukkan) jika terdapat huruf Lam selepasnya seperti( ط§ظ„ط°ظٹ )dan wajib dibaca secara Izhar jika terdapat Huruf Ya' atau Hamzah selepasnya seperti kalimah:( ظˆط§ظ„ظٹط³ط¹ )dan( ط§ظ„ط£ظ† ).

A.LAM QAMARIYAH

Lam Qamariah( ط§ظ„ظ„ط§ظ… ط§ظ„ظ‚ظ…ط±ظٹط© )terdiri dari empat belas huruf. Ia terkumpul di dalam bait syair:( ط§ط¨ط؛ ط­ط¬ظƒ ظˆط®ظپ ط¹ظ‚ظٹظ…ط© ).
Hukum Lam Qamariah ialah Izhar (dinyatakan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Izhar ketika bersama dengan huruf-huruf ini ialah kerana makhraj makhraj huruf Lam terletak berjauhan dengan makhraj empat belas huruf tersebut

SURAH AT-TAKWIR AYAT 3

B.LAM SYAMSIAH

Lam Syamsiah( ط§ظ„ظ„ط§ظ… ط§ظ„ط´ظ…ط³ظٹط© )terdiri dari empat belas huruf.
Ia terkumpul di dalam bait syair: ( ط·ط¨ ط«ظ… طµظ„ ط±ط­ظ…ط§ طھظپط² ط¶ظپ ط°ط§ ظ†ط¹ظ… ط¯ط¹ ط³ظˆط، ط¸ظ† ط²ط± ط´ط±ظٹظپط§ ظ„ظ„ظƒط±ظ… ).
Hukum Lam Syamsiah adalah Idgham (memasukkan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Idgham ketika bersama dengan huruf ini ialah kerana makhraj Lam Syamsiah adalah sama dengan makhraj huruf Lam dan terletak berdekatan dengan huruf-huruf lain yang tersebut di atas.

SURAH AN-NAZI'AT AYAT 1

2.LAM FI'LI

Lam Sukun yang terletak pada kata kerja (Fe'el) sama ada kata kerja tersebut yang telah lalu (madhi), sedang berlaku (mudharik) / akan datang atau kata kerja seru dan dalam semua keadaan sama ada ia terletak pada pertengahan ayat atau di akhir ayat

A.
Idgham: Lam Fi'li dibaca secara Idgham apabila terdapat selepasnya huruf Ra' atau Lam.

SURAH AL'ISRA' AYAT 95

B.
Izhar: Lam Fi'li dibaca secara Izhar apabila terdapat selepasnya salah satu huruf hijaiah kecuali huruf Ra' dan Lam.

SURAH HUD AYAT 81

BAHAGIAN MAD

Mad( ظ…ط¯ ).
Dari sudut bahasa: Lebih / Tambahan. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memanjangkan sebutan lebih dari dua harakat ketika membaca huruf Mad (pemanjang) atau Lin yang bertemu dengan huruf Hamzah atau baris Sukun. Huruf Mad terdiri dari tiga huruf iaitu Alif( ط§ ), Wau( ظˆ )dan Ya'( ظٹ ).
Huruf Wau disyaratkan huruf sebelumnya berbaris di hadapan dan huruf Ya' pula disyaratkan huruf sebelumnya berbaris di bawah manakala huruf Alif tidak baris lain yang berada sebelumnya selain baris di atas. Huruf Ya' dan Wau apabila berbaris Sukun dan huruf sebelumnya berbaris di atas, kedua-dua huruf tersebut tidak dinamakan huruf Mad tetapi ia dinamakan Huruf Lin

1.MAD ASLI

Mad Tabi'i( ط§ظ„ظ…ط¯ ط§ظ„ط·ط¨ظٹط¹ظٹ )atau Mad Asli( ط§ظ„ظ…ط¯ ط§ظ„ط£طµظ„ظ‰ ).
Mad yang terdapat huruf hijaiah selain dari huruf Hamzah dan Sukun selepasnya dan ia dinamakan Tabi'i ialah kerana pembaca yang memiliki sifat kejadian yang sempurna tidak mengurangkan kadar Madnya iaitu dua harakat dan tidak pula melebihi dari itu.

A.Ketika berhenti dan sambung

Apabila huruf Mad berada dalam keadaan tetap, sambung dan berhenti, huruf tersebut dibaca secara Mad (panjang) sama ada ketika sambung dan berhenti. Begitu juga sama ada ketika berada di pertengahan kalimah seperti( ظ…ط§ظ„ظƒ) (ظٹظˆطµظٹظƒظ… )atau di akhir kalimah seperti( ظˆط§ظ„ط´ظ…ط³ ظˆط¶ط­ط§ظ‡ط§ ).
Di dalam bahagian ini disyaratkan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad

SURAH AL-MUTHAFFIFIN AYAT 26

B.Ketika sambung

Mad Asli atau Tabi'i dalam keadaan berhenti sahaja khususnya yang berkaitan dengan Mad Silah Kecil( ظ…ط¯ ط§ظ„طµظ„ط©ط§ظ„طµط؛ط±ظ‰ )iaitu huruf Wau kecil yang terdapat selepas Ha' Dhamir berbaris hadapan( ظ€ظ‡ظڈ )dan huruf Ya' kecil terletak selepas huruf Ha' Dhamir berbaris bawah( ظ€ظ‡ظگ ), begitu juga supaya huruf Ha' kinayah disambung dengan huruf Wau atau Ya', huruf Mad disyaratkan mestilah terletak di antara dua huruf yang berbaris hidup seperti kalimah( ط¥ظ†ظ‡ ظ‡ظˆ) (ط¨ظ‡ ط¨طµظٹط±ط§ ).
Dalam keadaan ini huruf wau dan Ya' dibaca secara Mad sepanjang dua harakat (dengan syarat tidak terdapat huruf Hamzah yang berasingan darinya di dalam kalimah lain) dalam keadaan sambung tetapi jika dalam keadaan berhenti ia tidak dibaca secara Mad

SURAH 'ABASA AYAT 35

C.Ketika Berhenti

Mad Asli atau Tabi'i dalam keadaan berhenti sahaja akan dibaca secara panjang sekiranya huruf Mad tersebut tetap berada di dalam keadaan berhenti bukan ketika sambung. Ia dibaca panjang pada huruf-huruf Alif yang ditukar dari baris dua di atasnya (Tanwin) seperti( ط¹ظ„ظٹظ…ظ‹ط§ ط­ظƒظٹظ…ظ‹ط§ )dengan memberhentikan bacaan pada huruf Alif( ط­ظƒظٹظ…ظ‹ط§ )dan disyaratkan supaya Alif ini dibaca secara Mad tanpa menyambungnya dengan kalimah yang berada selepasnya.

SURAH A'BASA AYAT 26

2.MAD FAR'I

Mad Far'i( ط§ظ„ظ…ط¯ ط§ظ„ظپط±ط¹ظٹ )ialah Mad yang telah ditambah lebih panjang bacaannya dari Mad Asli disebabkan terdapat Hamzah( ط، )atau tanda Sukun( ظ’ )selepas huruf Mad

A.MUTTASIL

Mad Muttasil iaitu berangkai( ط§ظ„ظ…طھطµظ„ )ialah Huruf Mad yang bertemu dengan huruf Hamzah dalam kalimah yang sama. Ia dinamakan Mad Muttasil kerana huruf Mad bertemu dengan huruf Hamzah di dalam satu kalimah. Mad Muttasil ialah Mad wajib dan kadar bacaannya adalah empat harakat, lima harakat atau enam harakat ketika berhenti

SURAH AR-RA'D AYAT 21

B.MUNFASIL

Mad Munfasil iaitu bercerai( ط§ظ„ظ…ظ†ظپطµظ„ )ialah huruf Mad yang disusuli oleh huruf Hamzah (secara berasingan) yang terdapat pada awal kalimah berikutnya. Ia dinamakan Mad Munfasil ialah kerana huruf Mad terpisah dari huruf Hamzah yang terletak di dalam kalimah yang lain. Hukumnya: Harus membacanya secara pendek dengan kadar dua harakat, empat harakat atau lima harakat mengikut bacaan riwayat Hafs. Mad SilahKubra (iaitu huruf Wau kecil yang terdapat selepas Ha' Dhamir berbaris hadapan( ظ€ظ‡ظڈ )dan huruf Ya' kecil terletak selepas huruf Ha' Dhamir berbaris bawah( ظ€ظ‡ظگ )) juga termasuk di dalam hukum Mad Munfasil. Apabila terdapat huruf Hamzah yang berada dalam keadaan berasingan di dalam kalimah berikutnya selepas huruf Wau Silah dan Ya' Silah, hukumnya adalah mengikut hukum Mad Munfasil jika dalam keadaan sambung tetapi jika dalam keadaan berhenti, ia tidak boleh dibaca secara Mad

SURAH ALI IMRAN AYAT 147

C.ARIDH LISSUKUN

Mad 'Aridh( ط§ظ„ط¹ط§ط±ط¶ ظ„ظ„ط³ظƒظˆظ† )ialah Mad yang bertemu dengan huruf Lin Sukun Aridh (Sukun yang mendatang) kerana ingin menghentikan bacaan. Ia dinamakan 'Aridh (mendatang) ialah kerana huruf terakhir di dalam kalimah tersebut terpaksa dibaca dengan Sukun kerana memberhentikan bacaan padanya, jika sekiranya bacaan disambung, ia akan menjadi Mad Tabi'i. Hukumnya: Harus membacanya dengan tiga bentuk bacaan: Membaca secara pendek dengan kadar dua harakat, membaca secara pertengahan dengan kadar empat harakat dan membacanya secara sempurna dengan kadar enam harakat seperti:( ط§ظ„ط­ظ…ط¯ ظ„ظ„ظ‡ ط±ط¨ ط§ظ„ط¹ط§ظ„ظ…ظٹظ† ).
Mad 'Aridh mengambil hukum Mad Lin iaitu memanjangkan bacaan Wau dan Ya' Sukun dan terdapat huruf berbaris atas sebelum Wau dan Ya' ketika berhenti. Ia dinamakan dengan nama tersebut ialah kerana sebutannya terlalu lembut dan mudah seperti di dalam ayat:( ظپظ„ظٹط¹ط¨ط¯ظˆط§ ط±ط¨ ظ‡ط°ط§ ط§ظ„ط¨ظٹطھ )

SURAH AL-FAJR AYAT 6

D.BADAL

Mad Badal( ط§ظ„ط¨ط¯ظ„ )ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal ialah kerana kebiasaannya huruf Mad ditukar dari huruf Hamzah kerana asal Mad Badal ialah bertemu dua Hamzah di dalam satu kalimah di mana Hamzah pertama berbaris hidup dan Hamzah kedua berbaris Sukun (mati).
Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan.
Jika huruf Hamzah pertama berbaris di atas, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Alif( ط§ )seperti:( ط¢ظ…ظ†ظˆط§ )kerana asalnya( ط،ط£ظ…ظ†ظˆط§ ).
Jika huruf Hamzah pertama berbaris di bawah, huruf Hamzah kedua ditukarkan menjadi huruf Ya' seperti:( ط¥ظٹظ…ط§ظ†ط§ )kerana asalnya( ط¥ط¦ظ…ط§ظ†ط§ ).
Sekiranya huruf Hamzah pertama berbaris hadapan, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Wau( ظˆ )seperti:( ط£ظˆطھظˆط§ )kerana asalnya( ط£ط¤طھظˆط§ ).
Hukumnya: Ia dibaca secara Mad dengan kadar dua harakat seperti Mad Tabi'i

SURAH ALI IMRAN AYAT 173

E.LAZIM

Mad Lazim( ط§ظ„ظ…ط¯ ط§ظ„ظ„ط§ط²ظ… )iaitu huruf Mad yang disusuli dengan tanda Sukun asli tetap di dalam bacaan bersambung atau berhenti sama ada di dalam satu kalimah atau harf (sendi nama).
Ia dinamakan Mad Lazim (Tetap) ialah kerana bacaannya mestilah dibaca dengan enam harakat tanpa berubah, begitu juga kerana sebabnya iaitu Sukun ketika bacaan sambung dan berhenti

I .
Mad Lazim Harfi Muthaqqal( ط§ظ„ظ…ط¯ ط§ظ„ظ„ط§ط²ظ… ط§ظ„ط­ط±ظپظٹ ط§ظ„ظ…ط«ظ‚ظ„ )ialah huruf Mad yang disusuli dengan Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah dengan syarat ia bertasydid. Ia dinamakan Harfi ialah kerana terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang berada selepas huruf Mad di permulaan surah. Ia dinamakan Muthaqqal ialah kerana terlalu berat untuk menyebutnya disebabkan terdapat Tasydid pada Sukunnya. Hukumnya adalah wajib dibaca secara Mad enam harakat seperti huruf Lam di dalam kalimah( ط§ظ„ظ… )

SURAH AL BAQARAH AYAT 1

II.
Mad Lazim Harfi Mukhaffaf( ط§ظ„ظ…ط¯ ط§ظ„ظ„ط§ط²ظ… ط§ظ„ط­ط±ظپظٹ ط§ظ„ظ…ط®ظپظپ ).
Iaitu selepas huruf Mad terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang tidak bertasydid. Ia dinamakan Mukhaffaf kerana sebutannya terlalu ringan disebabkan ia tidak bertasydid dan tidak berdengung seperti huruf Mim di dalam( ط§ظ„ظ… ).
Perhatian penting: Huruf hijaiah yang terletak di permulaan surah terdiri dari empat belas huruf terkumpul di dalam bait syair( طµظ„ظ‡ ط³ط­ظٹط±ط§ ظ…ظ† ظ‚ط·ط¹ظƒ )dan ia terbahagi kepada empat bahagian: Pertama: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana terdapat huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari tujuh huruf yang terkumpul di dalam bait syair( ظƒظ… ط¹ط³ظ„ ظ†ظ‚طµ )kecuali huruf 'Ain. Bahagian ini dibaca enam harakat dengan sempurna. Kedua: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana huruf Lin terdapat di pertengahannya iaitu huruf 'Ain. Huruf ini harus disempurnakan dengan bacaan enam harakat dan bacaan pertengahan empat harakat. Ketiga: Ejaannya terbentuk dari dua huruf di mana huruf keduanya ialah huruf Mad dan huruf-hurufnya adalah sebanyak lima huruf yang terhimpun dalam bait syair( ط­ظٹ ط·ظ‡ط± ).
Bahagian ini dibaca secara Mad Tabi'i dengan kadar dua harakat. Keempat: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana tidak terdapat satupun huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari satu huruf iaitu Alif dan tidak terdapat padanya huruf Mad

SURAH AL-BAQARAH AYAT 1

III.
Mad Lazim Kalimi Muthaqqal( ط§ظ„ظ…ط¯ ط§ظ„ظ„ط§ط²ظ… ط§ظ„ظƒظ„ظ…ظٹ ط§ظ„ظ…ط«ظ‚ظ„ ).
Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf bertasydid di dalam satu kalimah, hukumnya ia dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan Muthaqqal kerana berat atau susah untuk menyebutnya disebabkan terdapat tasydid pada Sukunnya. Contohnya Alif di dalam kalimah( ط§ظ„ط¶ط§ظ„ظٹظ† ), dari firman Allah s.w.t( ط؛ظٹط± ط§ظ„ظ…ط؛ط¶ظˆط¨ ط¹ظ„ظٹظ‡ظ… ظˆظ„ط§ط§ظ„ط¶ط§ظ„ظٹظ† )

SURAH ALI IMRAN AYAT 63

IV.
Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf ط§ظ„ظ…ط¯ ط§ظ„ظ„ط§ط²ظ… ط§ظ„ظƒظ„ظ…ظٹ ط§ظ„ظ…ط®ظپظپ . Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf Sukun yang tidak bertasydid di dalam satu kalimah. Hukumnya wajib dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan dengan Kalimi kerana terdapat Sukun asli selepas huruf Mad di dalam satu kalimah. Ia dinamakan Mukhaffaf kerana ringan atau mudah menyebutnya disebabkan keadaannya yang tidak bertasydid dan tidak berdengung. Contohnya di dalam kalimah( ط£ط§ظ„ط¢ظ† )di dalam dua tempat surah Yunus ayat lima puluh satu dan sembilan puluh satu malah tidak terdapat di dalam al-Quran selain dari dua tempat tersebut

SURAH YUNUS AYAT 51

BERTEMU DUA SUKUN

1.MENGGUGURKAN HURUF AWAL SUKUN

Huruf Mad dibuang pada ketika ingin menyambung bacaan sahaja apabila terdapat huruf Hamzah yang bersambung selepas huruf Mad.
Ia dibuang pada bacaan sahaja tidak pada tulisan kerana biasanya ia tercatat di dalam al-Quran seperti:( ط¥ط°ط§ ط§ظ„ط´ظ…ط³ ظƒظˆط±طھ ).
Kadangkala huruf Mad dibuang pada bacaan sambung dan berhenti kerana ianya tidak tercatat di dalam tulisan apabila terdapat selepasnya huruf Hamzah yang bersambung. Contohnya membuang huruf Ya' dari kalimah:( طھط­ظٹ )di dalam ayat al-Quran:( ط±ط¨ظٹ ط£ط±ظ†ظٹ ظƒظٹظپ طھط­ظٹ ط§ظ„ظ…ظˆطھظ‰ )

SURAH ALI IMRAN AYAT 5

2.MEMBARISKAN HURUF AWAL SUKUN

Untuk menyelesaikan pertemuan dua huruf yang bersukun, perlu dibariskan huruf Sukun yang pertama sama ada dengan baris atas, baris bawah atau baris hadapan

A.BARIS BAWAH

Huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah (untuk mengelakkan) pertemuan dua huruf Sukun jika sekiranya huruf Sukun pertama di akhir kalimah pertama dan huruf Sukun kedua ialah Hamzah Wasal, berada pada awal kalimah kedua. Di dalam keadaan ini huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah dan Hamzah Wasal digugurkan di dalam bacaan. Contohnya( ظ‚ظ„ ط£ط¯ط¹ظˆط§ ط§ظ„ظ„ظ‡ )keadaan demikian bukanlah dalam bentuk huruf tersebut berbaris atas dan hadapan. Perhatian penting: Nun yang terbit dari Tanwin jika terdapat Hamzah Wasal selepas Nun Tanwin, Nun tersebut dibariskan dengan baris bawah dengan syarat huruf yang berbaris ini dibaca di dalam keadaan sambung sahaja contohnya Tanwin dalam kalimah( ط¹ط§ط¯ط§ )di dalam ayat( ط¹ط§ط¯ط§ ط§ظ„ط£ظˆظ„ظ‰ )dan Lam( ط§ظ„ط§ط³ظ… )yang terdapat di dalam surah al-Hujurat kerana ia terletak antara dua huruf Hamzah yang bersambung, oleh sebab itu Huruf Lam dibariskan dengan baris bawah untuk mengelakkan dari bertemu dua Sukun

SURAH AN-NISA' AYAT 66

B.BARIS ATAS

Huruf Sukun pertama dibariskan dengan baris atas (untuk mengelak dari bertemu dua Sukun) di dalam dua keadaan iaitu: Pertama: Nun di dalam kalimah( ظ…ظگظ† )jika terdapat selepasnya Hamzah yang bersambung seperti:( ظˆط£ظ†ط§ ط¹ظ„ظ‰ ط°ظ„ظƒظ… ظ…ظ† ط§ظ„ط´ط§ظ‡ط¯ظٹظ† ).
Kedua: Huruf Ya' (ganti nama kepada orang yang bercakap), apabila terdapat Hamzah yang bersambung selepasnya seperti:( ط£ط°ظƒط±ظˆط§ ظ†ط¹ظ…طھظٹ ط§ظ„طھظٹ ط£ظ†ط¹ظ…طھ ط¹ظ„ظٹظƒظ… )

SURAH AL-BAQARAH AYAT 40

C.BARIS HADAPAN

Terdapat dua keadaan (untuk mengelak dari bertemu dua huruf Sukun) yang membolehkan Sukun pertama dibariskan dengan Dhammah: Pertama: Huruf Wau yang menunjukkan kepada bilangan ramai apabila terdapat selepasnya Hamzah Wasal contohnya:( ظپطھظ…ظ†ظˆط§ ط§ظ„ظ…ظˆطھ ط¥ظ† ظƒظ†طھظ… طµط§ط¯ظ‚ظٹظ† ).
Kedua: Huruf Mim yang menunjukkan kepada bilangan ramai apabila terdapat selepasnya Hamzah Wasal contohnya:( ظˆط³ط®ط± ظ„ظƒظ… ط§ظ„ظ„ظٹظ„ ظˆط§ظ„ظ†ظ‡ط§ط± )

SURAH AL-BAQARAH AYAT 94

TAFKHIM DAN TARQIQ

Huruf hijaiah terbahagi kepada tiga bahagian dari sudut Tafkhim( ط§ظ„طھظپط®ظٹظ… )dan( ط§ظ„طھط±ظ‚ظٹظ‚ )Tarqiq. Pertama: Huruf yang sentiasa ditebalkan iaitu Huruf-huruf Isti'la'. Kedua: Huruf yang kadangkala ditebalkan dan kadangkala dinipiskan bacaannya mengikut keadaan ayat. (Alif - Lam Lafaz Allah - Ra').
Ketiga: Huruf yang sentiasa dinipiskan bacaannya iaitu Huruf Istifal selain daripada huruf Lam dan Ra'

1.PERINGKAT TAFKHIM

Tafkhim( ط§ظ„طھظپط®ظٹظ… )Dari sudut bahasa: Gemuk (tebal).
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Ibarat kekuatan masuk pada bunyi huruf hingga bunyinya memenuhi mulut. Huruf Tafkhim terdiri dari tujuh huruf yang terkandung di dalam bait syair( ط®طµ ط¶ط؛ط· ظ‚ط¸ )

A.PERINGKAT PERTAMA TAFKHIM

Peringkat pertama Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim berbaris atas dan selepasnya terdapat huruf Alif contohnya:( ظ‚ط§ظ„ )

SURAH AL-QIYAMAH AYAT 3

B.PERINGKAT KEDUA TAFKHIM

Peringkat kedua Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim berbaris atas dan tidak ada selepasnya huruf Alif contohnya:( ط®ظ„ظ‚ظƒظ… )

SURAH AT-TAHRIM AYAT 10

C.PERINGKAT KETIGA TAFKHIM

Peringkat ketiga Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim berbaris hadapan contohnya:( ظٹظ‚ظˆظ„ )

SURAH QAF AYAT 1

D.PERINGKAT KEEMPAT TAFKHIM

Peringkat keempat Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim Sukun contohnya:( ط¥ظ‚ط±ط£ )

SURAH AL-JATSIYAH AYAT 22

E.PERINGKAT KELIMA TAFKHIM

Peringkat kelima Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim berbaris bawah contohnya:( ظ‚ظٹظ„ )

SURAH AZ-ZARIYAT AYAT 6.

2.MENGIKUT TEMPAT TARQIQ

Mengikut tempat iaitu khusus dengan kalimah yang dibaca dengan Tarqiq dalam keadaan tertentu dan dibaca dengan Tafkhim di dalam keadaan yang lain. Hurufnya adalah sebanyak tiga huruf selain dari huruf Istifal iaitu (Alif - Lam Lafaz Allah - Ra').

A.TAFKHIM

Tafkhim (ditebalkan bacaan) mengikut tempat merangkumi huruf Alif, Lam pada lafaz Allah dan Ra'. Pertama (Alif): Alif dibaca dengan tebal jika ia terletak selepas huruf tebal, contohnya di dalam kalimah( ظ‚ط§ظ„ ).
Kedua (Lam pada lafaz Allah): Lam pada lafaz Allah dibaca dengan tebal jika ia terletak selepas huruf yang berbaris atas, hadapan atau di permulaan kalimah contohnya:( ظ‚ط§ظ„ ط§ظ„ظ„ظ‡), (ط¹ط¨ط¯ ط§ظ„ظ„ظ‡ )dan( ط§ظ„ظ„ظ‡ ظ„ط§ط¥ظ„ظ‡ ط¥ظ„ط§ ظ‡ظˆ ).
Ketiga (Ra'): Ra' sentiasa dibaca dengan tebal di dalam tiga keadaan iaitu: Pertama: Jika ia berbaris atas sama ada di awal kalimah, di pertengahan kalimah atau di akhir kalimah dengan syarat ia dibaca secara sambung, contohnya( ظ„ظٹط³ ط§ظ„ط¨ط± ط£ظ† طھظˆظ„ظˆط§ ظˆط¬ظˆظ‡ظƒظ… - ط¨ط±ط¨ظƒظ… - ط±ط¨ظ†ط§ ).
Kedua: Jika ia berbaris hadapan, contohnya( ط±ط¯ط¯طھ - ط±ط²ظ‚ظ†ط§ ).
Ketiga: Jika ia berbaris Sukun dan huruf sebelumnya berbaris di atas, di hadapan atau di bawah manakala baris bawahnya pula ialah baris asal serta terdapat selepasnya Huruf Isti'la' atau huruf sebelumnya berbaris bawah dan baris bawahnya adalah mendatang seperti:( ط²ط±ط¹ط§ - ظ…ط±طھظپظ‚ط§ - ظ‚ط±ط·ط§ط³ - ط§ط±ط¬ط¹ظˆط§ )

SURAH AL-JIN AYAT 19

B.TARQIQ

Tarqiq mengikut keadaan tempat merangkumi huruf Alif, Lam pada lafaz Allah dan Ra': Pertama Alif: Alif dibaca dengan nipis apabila ia terletak selepas huruf Tarqiq, contohnya kalimah( ط§ظ„ظƒطھط§ط¨ ).
Kedua Lam pada lafaz Allah: Ia dibaca dengan nipis apabila ia terletak selepas huruf yang berbaris bawah, sama ada huruf tersebut bersambung dengannya di dalam satu kalimah atau berasingan di dalam dua kalimah contohnya:( ظ„ظ„ظ‡) , (ط¨ط³ظ… ط§ظ„ظ„ظ‡ ).
Ketiga Ra': Ra' sentiasa dibaca dengan nipis di dalam tiga keadaan iaitu: Pertama: Jika ia berbaris bawah contohnya:( ظ…ط±ظٹط¦ط§ - ط±ط¬ط§ظ„ ).
Kedua: Jika ia berbaris Sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah asli dan tidak ada huruf Isti'la' selepasnya seperti kalimah( ظپط±ط¹ظˆظ† ).
Ketiga: Jika ia berbaris Sukun (Sukun mendatang) kerana memberhentikan bacaan selepas huruf Ya' Mad atau Mad Lin, contohnya:( ظˆظ‡ظˆ ط¹ظ„ظ‰ ظƒظ„ ط´ط¦ ظ‚ط¯ظٹط±) (ط°ظ„ظƒ ط®ظٹط± ).

SURAH AL-FATIHAH AYAT 1

C.TAFKHIM LEBIH UTAMA

Ra' harus dibaca dengan Tafkhim (tebal) dan Tarqiq (nipis) tetapi jika dibaca dengan Tafkhim (tebal) adalah lebih utama di dalam dua keadaan: Pertama: Jika Ra' dibaca dengan Sukun ketika berhenti bacaan dan huruf sebelumnya berbaris atas atau hadapan contohnya:( ط¥ظ† ظ‡ط°ط§ ط¥ظ„ط§ ظ‚ظˆظ„ ط§ظ„ط¨ط´ط±) (ظƒط°ط¨طھ ط«ظ…ظˆط¯ ط¨ط§ظ„ظ†ط°ط± ).
Kedua: Jika Ra' dibaca dengan Sukun ketika berhenti bacaan dan huruf sebelumnya berbaris Sukun serta didahului dengan huruf yang berbaris atas atau hadapan dan ia dibaca ketika sambung dengan baris bawah( ظˆط§ظ„ط¹طµط±) (ظˆط§ظ„ظپط¬ط± ).
Perhatian penting: Sesiapa yang membaca Ra' dengan nipis di dalam keadaan ini bererti dia telah melihat kepada hukumnya iaitu wajib dinipiskan ketika sambung disebabkan ia berbaris bawah dan sesiapa membacanya dengan tebal bererti dia tidak melihat kepada keadaannya ketika sambung tetapi ia melihat kepada Sukun yang mendatang

SURAH AL-QAMAR AYAT 23

D.TARQIQ LEBIH UTAMA

Ra' harus dibaca dengan Tafkhim (tebal) dan Tarqiq (nipis) tetapi jika dibaca dengan Tarqiq adalah lebih utama di dalam tiga keadaan iaitu: Pertama: Jika huruf Ra' dibaca ketika berhenti dengan Sukun dan selepasnya terdapat huruf Ya' yang digugurkan untuk meringankan bacaan seperti:( ظٹط³ط± )di dalam firman Allah s.w.t( ظˆط§ظ„ظ„ظٹظ„ ط¥ط°ط§ ظٹط³ط± )kerana pada asalnya( ظٹط³ط±ظٹ )lalu digugurkan Ya' untuk meringankan bacaannya. Kedua: Jika Ra' disukunkan selepas huruf yang berbaris bawah kerana ingin memberhentikan bacaan dan kedua-duanya diselangi dengan huruf Isti'la'. Tidak terdapat di dalam al-Quran kecuali satu kalimah sahaja iaitu kalimah( ط§ظ„ظ‚ط·ط±) (ظˆط£ط³ظ„ظ†ط§ ظ„ظ‡ ط¹ظٹظ† ط§ظ„ظ‚ط·ط± ).
Sesiapa yang membacanya dengan nipis bererti dia ingin menyambung bacaan dan sesiapa yang membacanya dengan tebal ketika berhenti bacaan bererti dia melihatnya sebagai mendatang.
Ketiga: Jika Ra' Sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah dan selepasnya terdapat huruf Isti'la' yang berbaris bawah. Tidak terdapat di dalam al-Quran kecuali satu kalimah sahaja iaitu kalimah( ظپط±ظ‚) (ظƒظ„ ظپط±ظ‚ ظƒط§ظ„ط·ظˆط¯ ).
Sesiapa yang membacanya dengan nipis bererti dia melihat kepada baris bawah yang terdapat sebelumnya dan dia tidak melihat kepada huruf Isti'la' yang terletak selepasnya kerana ia berbaris bawah. Sesiapa membacanya dengan tebal bererti dia melihat kepada huruf Isti'la' yang terletak selepasnya dan dia tidak melihat kepada baris bawah yang terletak sebelumnya serta dia tidak melihat kepada baris bawah huruf Isti'la'.

SURAH AS-SYU'ARA AYAT 63

E.IMALAH

Hukum Imalah( ط§ظ„ط¥ظ…ط§ظ„ط© )adalah dikhususkan untuk huruf Ra' sahaja. Ra' dibaca dengan nipis kerana baris atas yang cenderung kepada baris bawah. Huruf Alif yang cenderung kepada Ya' terdapat di dalam satu kalimah sahaja di dalam al-Quran iaitu kalimah( ظ…ط¬ط±ط§ظ‡ط§ )

SURAH HUD AYAT 41

3.
Tarqiq( ط§ظ„طھط±ظ‚ظٹظ‚ ).
Dari sudut bahasa: Menipiskan Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Gambaran perubahan yang berlaku pada bunyi huruf yang mengakibatkan bunyi tersebut tidak memenuhi mulut. Huruf Muraqqaqah (Tarqiq) ialah keseluruhan huruf hijaiah selain dari huruf Tafkhim( ط®طµ ط¶ط؛ط· ظ‚ط¸ )dan huruf-huruf yang dibaca dengan tebal dan nipis mengikut keadaannya iaitu (Alif - Lam pada lafaz Allah - Ra')

SURAH AL-MASAD AYAT 1

PERTEMUAN HURUF

Setiap dua huruf yang bertemu sama ada dalam bentuk lafaz atau tulisan sahaja, kedua-duanya terbahagi kepada empat bahagian iaitu: (Mithlan - Mutaqariban - Mutajanisan - Mutaba'idan).
Ulama Tajwid tidak menyebut hukum tentang Mutaba'idan (Dua Yang Berjauhan) kerana tujuan dari mempelajari ilmu ini ialah untuk mengetahui sesuatu yang perlu diidghamkan (dimasukkan) atau tidak dan hukum ini tidak terdapat pada Mutaba'idan (Dua Yang Berjauhan)

1.MITHLAN

Mithlan( ط§ظ„ظ…ط«ظ„ط§ظ† ).
Dua huruf yang sama makhraj dan sifatnya seperti dua huruf Ba' dan dua huruf Ta'( طھ

A.SAGHIR

Mithlan Saghir( ط§ظ„ظ…ط«ظ„ط§ظ† ط§ظ„طµط؛ظٹط± ).
Huruf awal Sukun dan huruf yang kedua berbaris. Ia dinamakan Saghir (kecil) kerana huruf awalnya berbaris Sukun (mati) dan huruf keduanya berbaris menyebabkan ia mudah dimasukkan (diidghamkan).
Hukumnya: Wajib diidghamkan (dimasukkan) kecuali jika huruf awal dari kedua-duanya adalah huruf Mad. Dalam keadaan ini wajib diizharkan contohnya:( ظ‚ط§ظ„ظˆط§ ظˆظ‡ظ… )atau huruf awal dari kedua-duanya adalah huruf Ha' saktah. Dalam keadaan ini wajib diizharkan kerana mesti diam seketika (berhenti tanpa menyambung nafas) yang menegah dari diidghamkan (dimasukkan) seperti( ظ…ط§ظ„ظٹظ‡ ظ‡ظ„ظƒ )

SURAH AL-BAQARAH AYAT 60

B.KABIR

Mithlan Kabir( ط§ظ„ظ…ط«ظ„ط§ظ† ط§ظ„ظƒط¨ظٹط± ).
Dua huruf yang berbaris. Ia dinamakan Kabir (besar) ialah kerana ia banyak terdapat di dalam al-Quran dan kerana baris lebih banyak dari Sukun. Hukumnya: Wajib diizharkan (dinyatakan) kecuali pada ayat:( طھط£ظ…ظ†ط§ )di mana hukumnya mesti diidghamkan (dimasukkan) berserta Isymam iaitu memuncungkan dua bibir ke hadapan ketika menyebut huruf Nun Sukun yang pertama dan mengidghamkan kepada Nun yang kedua Keadaan ini bertujuan ingin menunjukkan bahawa baris asal huruf Nun adalah baris hadapan kerana kalimah( طھط£ظ…ظ‘ظ†ط§ )pada asalnya adalah( طھط£ظ…ظ†ظ†ط§ )lalu Nun pertama dimasukkan ke dalam Nun kedua menyebabkan ia menjadi( طھط§ظ…ظ‘ظ†ط§ )

SURAH AL-BAQARAH AYAT 131

C.MUTLAK

Mithlan Mutlaq( ط§ظ„ظ…ط«ظ„ط§ظ† ط§ظ„ظ…ط·ظ„ظ‚ ).
Huruf awal berbaris hidup dan huruf yang kedua berbaris Sukun (mati).
Ia dinamakan Mutlaq kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) dan Kabir (besar).
Hukumnya wajib diizharkan (dinyatakan) di sisi Ahli Qiraat

SURAH AL-BAQARAH AYAT 106.

2.MUTAQARIBAN

Mutaqariban( ط§ظ„ظ…طھظ‚ط§ط±ط¨ط§ظ† ).
Dua huruf yang makhraj dan sifatnya berdekatan atau makhraj sahaja atau sifat sahaja yang berdekatan

A.SAGHIR

Mutaqariban Saghir( ط§ظ„ظ…طھظ‚ط§ط±ط¨ط§ظ† ط§ظ„طµط؛ظٹط± ).
Huruf awal berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Ia dinamakan kecil kerana huruf awalnya berbaris Sukun (mati) dan huruf keduanya berbaris hidup. Hukumnya: Diizharkan (dinyatakan) mengikut pendapat Hafs dan ahli Qiraat selain daripadanya. Walau bagaimanapun huruf Lam dan Ra' wajib diidghamkan (dimasukkan) berdasarkan kata sepakat Ahli Qiraat. Contohnya:( ظ‚ظ„ ط±ط¨ - ط¨ظ„ ط±ظپط¹ظ‡ ط§ظ„ظ„ظ‡ )kecuali pada( ط¨ظ„ ط±ط§ظ† )di mana hukumnya adalah Izhar (nyata) kerana mengikut riwayat Hafs terdapat Saktah iaitu diam seketika (berhenti tanpa mengambil nafas) yang menghalang dari Idgham (dimasukkan)

SURAH AL-ANFAL AYAT 48

B.KABIR

Mutaqariban Kabir( ط§ظ„ظ…طھظ‚ط§ط±ط¨ط§ظ† ط§ظ„ظƒط¨ظٹط± ).
Dua huruf yang berbaris dan ia dinamakan Kabir (besar) adalah disebabkan ia banyak didapati dan baris hidup lebih banyak dari baris Sukun (mati).
Hukumnya ialah wajib Izhar

SURAH YUSUF AYAT 33

C.MUTLAQ

Mutaqariban Mutlaq( ط§ظ„ظ…طھظ‚ط§ط±ط¨ط§ظ† ط§ظ„ظ…ط·ظ„ظ‚ ).
Huruf awal berbaris hidup dan huruf kedua berbaris Sukun (mati).
Ia dinamakan Mutlaq kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) atau Kabir (besar).
Hukumnya wajib Izhar (dinyatakan)

SURAH YUSUF AYAT 10

3.MUTAJANISAN

Mutajanisan( ط§ظ„ظ…طھط¬ط§ظ†ط³ط§ظ† ).
Dua huruf yang sama makhraj dan berlainan sifat kedua-duanya seperti huruf Dal dan Ta'( طھ )

A.SAGHIR

Mutajanisan Saghir( ط§ظ„ظ…طھط¬ط§ظ†ط³ط§ظ† ط§ظ„طµط؛ظٹط± ).
Huruf pertama berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Ia dinamakan kecil kerana huruf awal berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Hukumnya: Izhar (dinyatakan) kecuali pada enam tempat yang perlu diidghamkan (dimasukkan) iaitu: 1- Huruf Ba'( ط¨ )selepasnya huruf Mim( ظ… )di dalam ayat( ط§ط±ظƒط¨ ظ…ط¹ظ†ط§ ).
2- Huruf Ta'( طھ )selepasnya huruf Dal( ط¯ )contohnya:( ط£ط«ظ‚ظ„طھ ط¯ط¹ظˆط§ ).
3- Huruf Ta'( طھ )selepasnya huruf Ta'( ط· )contohnya:( ط¥ط° ظ‡ظ…طھ ط·ط§ط¦ظپطھط§ظ† ).
4- Huruf Tha'( ط« )selepasnya huruf Zal( ط° )contohnya:( ظٹظ„ظ‡ط« ط°ظ„ظƒ ).
5- Huruf Dal( ط¯ )selepasnya huruf Ta'( طھ )contohnya:( ظˆظ…ظ‡ط¯طھ ).
6- Huruf Zal( ط° )selepasnya huruf Dza( ط¸ )contohnya:( ط¥ط° ط¸ظ„ظ…طھظ… ), manakala Huruf Ta'( ط· )yang terdapat selepasnya huruf Ta'( طھ )contohnya:( ط£ط­ط·طھ ), hukumnya adalah Idgham Naqis dengan sepakat Ahli Qiraat

SURAH AL-HIJR AYAT 7

B.KABIR

Mutajanisan Kabir( ط§ظ„ظ…طھط¬ط§ظ†ط³ط§ظ† ط§ظ„ظƒط¨ظٹط± ).
Dua huruf yang berbaris, ia dinamakan demikian kerana banyak didapati di dalam bacaan begitu juga kerana huruf yang berbaris hidup lebih banyak dari yang berbaris Sukun (mati).
Hukumnya wajib Izhar

SURAH ALI IMRAN AYAT 7

C.MUTLAQ

Mutajanisan Mutlaq( ط§ظ„ظ…طھط¬ط§ظ†ط³ط§ظ† ط§ظ„ظ…ط·ظ„ظ‚ ).
Huruf pertama berbaris hidup dan huruf kedua berbaris Sukun (mati).
Ia dinamakan demikian kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) atau Kabir (besar)

SURAH YUNUS AYAT 106

SEKIAN TERIMA KASIH....SEMOGA KITA DAPAT MEMBETULKAN PEMBACAAN KITA DENGAN TAJWID YANG BAIK K.ASSALAMUALAIKUM.










0 comments: