THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 11 Julai 2009

SOLAT SUNAT HAJAT DAN KELEBIHANNYA

Mari kita belajar solat Sunat Hajat 2 rakaat... semoga semua hajat2 kita terlaksana... InsyAllah..

Bagi mereka yang mempunyai hajat atau kesulitan di dalam sesuatu hal, hendaklah solat hajat dua belas rakaat dengan enam salam, yakni tiap-tiap dua rakaat satu salam. Pada tiap-tiap rakaat sesudah Al-Fatihah dibaca ayat Qursi dan Al-Ikhlas. Selepas salam, sujud sekali lagi dan ketika itulah kita memohon kepada Allah mengenai perkara yang dihajati.

Lafaz niatnya:

Maksudnya: Sengaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala. Seelok-elok solat hajat ini hendaklah dilakukan pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua ataupun tiga malam. Setelah bangun dari tidur terlebih dahulu hendaklah sembahyang tahajjud; setelah selesai hendaklah duduk iftirasy dan membaca istighfar sebanyak 71 kali sebagaimana berikut:

kemudian, diiringi pula dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 71 kali iaitu:

Kemudian dibaca Al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, arwah kaum muslimin muslimat dan arwah ibu bapa. Selepas itu barulah dimulakan solat hajat ini sebagai mana-mana berikut.

Sembahyang hajat yang seafdalnya ialah 12 rakaat, 6 kali salam. Pada tiap-tiap rakaat selain daripada yang disebutkan di atas tadi, boleh juga selepas Al-Fatihah dibaca surah Al-Ikhlas sebelas kali. Apabila selesai 12 rakaat dan setelah salam, maka sujud sekali (di luar solat) dan baca:


Selepas selesai bacaan ini sebanyak 41 kali, barulah diminta apa yang dihajati.

Seterusnya, lakukanlah solat ini semalam, tiga atau tujuh malam. Dan ini adalah bergantung kepada penting dan sulitnya maksud dan perkara-perkara yang dihajatkan itu. Walau bagaimana pun, solat hajat ini boleh juga dilakukan cara berlainan dan lebih mudah daripada yang di atas:

(i) Dua rakaat sahaja.

(ii) Bacaan pada rakaat yang pertama dibaca Al-Fatihah dan surah Al-Kafiruun (10 kali) dan pada rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas (10 kali).

Selepas salam sujud sekali lagi dan dibaca di dalamnya:

(i) 10 kali


(ii) 10 kali


(iii) 10 kali


KELEBIHAN MENGAMALKAN SOLAT SUNAT HAJAT

Dari ‘Abdillah ibn Abi Aufa meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada seseorang makhluqNya, maka hendaklah dia berwudhu’ dengan mengelokkan-wudhu’nya dan bersolat dua raka’at, dan kemudiannya memuji Allah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW lalu hendaklah dia membaca do’a ini. La Ilaha Illallah al-Halim al-Karim, SubhanAllah rabb al-’Arsh al-’Adzim (du’a ini tidak disalin semua) - Hadith 148 Mastika Hadis Jilid 2

Sungguhpun hadis ini hadis daif, tetapi ia disokong oleh hadis sahih yang berikut

Hadis 149 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari Abi Ad-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya, kemudian dia menunaikan solat 2 raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa yang dimintanya, sama ada cepat atau lambat (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad)

Disokong juga oleh hadis sahih yang berikut:-

Hadis 150 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari ‘Uthman bin Hunaif RA, bahawa telah datang kepada Rasulullah SAW seorang yang buta matanya seraya berkata, “Ya Rasulallah! Doakan kepada Allah untuk saya supaya Dia menyembuhkan saya” Rasulullah SAW bersabda, “jika engkau mahu, (doakan segera) maka akan aku doakan untukmu dan jika kamu mahu kamu boleh bersabar dan ianya (bersabar) lebih baik bagi kamu.” Lelaki itu menjawab, “Doakanlah” Maka Rasulullah SAW menyuruhnya supaya berwudhu’ dengan elok lalu bersolat dua raka’at dan berdoa dengan doa ini, “Allahumma Inni asaluKa wa atawajjahu ilaika binabiyyika Muhammad Nabiy ar-rahmah. Inni tawajjahtu bika ila rabbi fi hajati hazihi lituqdha liyy. Allahumma fashaffi’hu fiya

Hadis ini juga menjadi dalil harus bertawassul. Minta dengan Allah, bukan dengan wali, cuma wasilah melalui doa orang yang soleh. Amalan yang baik juga menjadi wasilah.

Kaedah Doa Nabi Yunus

Dalam hadis yang lain Nabi bersabda, siapa yang ada hajat, solatlah dan baca doa Nabi Yunus (selama 40 hari):

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Anbiya ayat 87)

Dalam hadis yang lain, bila ada hajat, solatlah 2 rakaat dan sujud (luar solat) serta bacalah doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali. Doa Nabi Yunus ini adalah ayat quran, maka hendaklah sujud diluar solat kerana ada larangan membaca ayat quran di dalam sujud semasa dalam sembahyang.

Dari Ali bin Abi Thalib katanya “Aku dilarang Rasulullah s.a.w. membaca Quran dalam rukuk dan sujud (Riwayat Muslim)

Galakkan sembahyang sunat di rumah:-

Hadis 151 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari Umar Bin Al-Khattab r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda Sembahyang sunat yang dikerjakan oleh seseorang dirumahnya; menjadi Nur (cahaya) yang meneranginya; oleh itu, sesiapa yang suka (mendapat kelebihan itu), hendaklah ia menerangi rumahnya (dengan sembahyang sunat)

Dalam hadis lain menjelaskan: Solatlah kamu dirumah-rumah kamu dan jangan jadikan ia sebagai kubur-kubur.“(Riwayat Ahmad) Ia bermaksud rumah-rumah yang tidak didirikan lansung solat di dalamnya menjadi sepi seumpama kubur.

Hadis 152 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia.”

*Semoga apa yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan segala hajat dikabulkan.. Amin



0 comments: