THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 6 April 2012

Selasa, 14 Disember 2010

Aku Dilamun Cinta KepadaMU Ya Rabb...

Cinta yang tak bisa diungkap dengan perkataan selain diriMu

Cintaku tiada tandingannya kecuali diriMu

Cintaku tersemat dan abadi dilubuk hatiku hanya untukMu

Cintaku tidak dapat dijual beli dan tidak jua sama sepertimana aku pernah mengalaminya dulu

Cinta suciku tidak aku buat buat atau pura pura ia dengan sendirinya melekat dihatikuTidak dapat dipisahkan itulah membuat aku selalu merinduiMu

Bagaikan burung pungguk rindukan bulan? Kerinduan aku padamu melebihi segala-gala yang ada dihadapanTiada perkataan atau perbuatan yang bisa menerangkan Kerinduan aku padamu membuat aku tidak keharuankecuali yang bisa aku ungkapkan Laa illaahaillaallah



Kerna aku akan mengadapmu, Taat diatas perintahmu, Mengikut sunnah Rasulmu

Lantas, Aku mencuci jari jemariku, mulutku, hidungku, mukaku, tanganku, umbum umbumku, telingaku, tengkokku, dan kakiku kerana mu


Walaupun panas, berpeluh peluh itu tidak menghambat aku mengadapmuDemi kerana cintakku padamu, aku lepaskan rinduku mengadapmu dan bersujud padamu

Barulah aku rasakan sesuatu nikmat, nikmatnya ketenangan ketika mengadapmu, Ketenangan dan Kedamaian dihatiku



Aku jua tahu Dikau teramat dekat padaku, sedekatnya urat leherku kerna Dikau jua Maha suci Allah yang Maha Esa dan yang Maha Satu dan Maha Menghidupkan dan yang Maha Mematikan kerna Dikau jua, Maha suci Allah Maha Perkasa lagi Maha Kuasa dan Maha Esa,



Apa yang aku lihat semuanya adalah hakmu, kepunyaanmu, ciptaanmu kerana Dikaulah Maha Suci Allah yang Awal dan yang Akhir lagi Maha Kekal



Makhluk ciptaanmu semuanya sujud padamu kerana Dikau Maha Suci Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pencinta, Maha Kaya



Demi kerana Cintaku padamu setiap waktu yang ada akan aku luangkan

untukmu, kerna Dikau Maha suci Allah, Maha mengawasi, Maha Melihat lagi Maha Mendengar, Maha Mulia lagi Maha Bijaksana,



Walau dimana saja aku berada aku tahu Dikau memerhatikan aku,Kerana Dikau senantiasa memerhatikan makhlukmu, dan Dikau Maha Pemberi kurniaan Rahmatmu pada siapa saja yang Dikau mahu, kerna dikau Maha Pemurah dan Maha Memenuhi segala keperluan makhlukmu.



Lihatlah saja cakrawala dan alam semesta ciptaamu, Bulan, Bintang, Matahari, Langit, Bumi, Laut, Gunung ganang semuanya taat diatas perintahmu kerna Dikau Maha Suci Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.



Kerana padamu tiada yang mustahil dan sekiranya Dikau menghendaki sesuatu maka Unkapanmu “Kun FaYaKuun” maka Jadilah ia mengikut kehendakmu….



Keranamu Yaa Rabb, cukuplah bagiku hanya adanya MU Ya Allah. Aku memperhambakan diriku hanya untukmu Ya Allah, ya Rahman ya Rahim ya Malikil Quddus...Amin

Kelebihan Azan Dan Iqamah...

Melakukan azan dan iqamah adalah lebih afdhal daripada menjadi imam. Ini kerana azan dan iqamah itu adalah tanda atau alamat waktu sembahyang dan ianya juga lebih banyak manfaat daripada menjadi imam. Muazzin (tukang azan) itu juga merupakan pemegang amanah (amin). Manakala menjadi imam itu adalah penjamin (dhamin). Oleh yang demikian, amin itu lebih baik daripada dhamin. (I‘anah ath-Thalibin: 1/383) Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:



Maksudnya: “Imam-imam itu dhumana (menjamin sembahyang makmumnya) dan orang-orang yang azan itu umana (amanah atas waktu sembahyang) maka Allah memberi petunjuk kepada imam-imam dan mengampunkan orang-orang yang azan.”



(Hadis riwayat Ibnu Hibban)



Ada juga pendapat lain yang mengatakan bahawa menjadi imam itu lebih afdhal daripada azan dan iqamah. Kerana dikhususkan bagi orang yang menjadi imam itu terdiri daripada orang yang berilmu tinggi. Demikian juga mendirikan sembahyang itu lebih afdhal daripada menyerukannya. (I‘anah ath-Thalibin: 1/384) Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam maksudnya :



“Maka azanlah untuk kamu oleh salah seorang di kalangan kamu, kemudian hendaklah yang mengimamkan kamu itu orang yang akhbar (berilmu) di kalangan kamu.”



(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Walau bagaimanapun menurut Ibnu Hajar dan Imam an-Nawawi, bahawa azan berserta iqamah itu lebih afdhal daripada menjadi imam. (I‘anah ath-Thalibin: 1/384)



Selain itu, banyak lagi disebutkan di dalam hadis mengenai kelebihan-kelebihan azan dan iqamah dan orang yang melaungkannya. Antaranya ialah:



i. Sehingga Orang Sanggup Berundi Untuk Medapatkannya



Hadis daripada Abu Hurairah katanya:



Maksudnya: “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Seandainya manusia mengetahui tentang apa (kelebihan) dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak akan mendapatkannya melainkan dengan mereka berundi, nescaya mereka akan berundi. Seandainya mereka mengetahui apa (kelebihan) pada at-tahjir (sembahyang zohor di awal waktu) nescaya mereka akan berlomba-lomba mendapatkannya. Seandainya mereka mengetahui apa (kelebihan) pada al-‘atamah (sembahyang isya’) dan subuh nescaya mereka mendatanginya walaupun dengan merangkak-rangkak.”



(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



ii. Dipohonkan Ampun Dan Mendapat Pahala Sepertimana Pahala Orang Yang Bersembahyang Dengannya



Hadis daripada al-Bara’ bin ‘Azib katanya:



Maksudnya: “Bahawasanya Nabi Allah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya mengucapkan selawat kepada (makmum-makmum) di baris hadapan. Sementara orang yang azan akan dipohonkan ampun baginya sejauh suaranya dan akan dipersaksikan dia oleh sesiapa yang mendengarnya daripada tumbuhan yang hidup dan kering dan baginya pahala seperti pahala sesiapa yang bersembahyang bersamanya.”



(Hadis riwayat Ahmad dan an-Nasa’ie)



iii. Mengusir Syaitan



Hadis daripada Abu Hurairah katanya:



Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu baharulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata: “Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang.”



(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’ie)



iv. Mendapat Pahala Yang Banyak



Sebagaimana di dalam hadis daripada Mu‘awiyah katanya:



Maksudnya: “Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Muazzin-muazzin itu ialah orang yang paling panjang lehernya di hari qiamat.”



(Hadis riwayat Muslim)



Adapun yang dimaksudkan dengan orang yang paling panjang lehernya di hari qiamat itu ialah disebabkan dia melihat pahalanya yang banyak.



Menurut an-Nadhr bin Syumail, adapun kelebihannya ketika berada di padang mahsyar melepaskannya daripada kesusahan dan kesesakan disebabkan ramainya orang pada hari perhitungan itu.



Menurut pendapat yang lain, bahawa orang itu banyak pengikutnya. Kata Ibnu al-A‘arabiy, maksudnya ialah orang yang banyak amalannya. Sementara menurut al-Qadhi ‘Iyadh dan yang lainnya ialah bermaksud orang yang cepat masuk ke dalam syurga. Dikatakan juga ianya bermaksud sebagai ketua. (Syarah Shahih Muslim: 2/77)



v. Balasan Syurga



Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:



Maksudnya: “Barangsiapa azan selama dua belas tahun wajiblah baginya syurga dan ditulis untuknya dengan azannya itu pada setiap hari enam puluh kebajikan dan pada setiap iqamah pula tiga puluh kebajikan.”



(Hadis riwayat Ibnu Majah)



vi. Jin Dan Manusia Serta Selainnya Menjadi Saksi Di Hari Qiamat



Sebagaimana hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman katanya:



Maksudnya: “Sesungguhnya Abu Sa‘id al-Khudriy Radhiallahu ‘anhu berkata kepadanya (‘Abdullah bin ‘Abdurrahman): “Sesungguhnya aku melihat engkau menyukai kambing dan sahara. Jika engkau berada di lingkungan kambing atau saharamu lalu engkau azan untuk sembahyang, maka tinggikanlah suaramu ketika melaungkannya. Kerana tidak didengar suara orang yang azan oleh jin dan manusia serta lain-lainnya melainkan menjadi saksi baginya di hari qiamat. Berkata Abu Sa‘id: “Aku mendengarnya daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.”



(Hadis riwayat al-Bukhari dan an-Nasa’ie)



vii. Pintu Langit Dibuka Dan Saat Doa Mustajab



Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:



Maksudnya: “Jika dilaungkan iqamah untuk sembahyang, maka dibukakan pintu-pintu langit dan dimakbulkan doa.”



(Hadis riwayat Ahmad)





Sabda Baginda lagi:



Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Ada dua waktu tidak ditolak doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah sembahyang dan dalam barisan jihad pada jalan Allah.”



(Hadis riwayat Ibnu Hibban) 

Ganjaran Pahala Solat Subuh Melebihi Keindahan Dunia

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)



Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.



Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.



Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.



Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.



Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)



Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.



Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)



Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”



Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?



Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:



“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).



Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.



Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.



Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)



Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh. 

Petua Khusyuk Dalam Solat

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-



“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].



"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.



"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:



1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.



2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.



3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.



4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah),berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.



5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.



6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.



7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.



8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.



9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.



10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.



11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.



12. Mengambil wuduk dengan sempurna.



13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.



14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.



15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.



Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.



Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya.



Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."



Kesimpulannya



Orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:



"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46]



Cara Aurat Terdedah....

dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.



Berikut adalah cara bertahap:



I. Menghilangkan Definisi HijabDalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.



Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbezahalnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.



Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?



Pertama, Membuka Bahagian TanganTelapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?



Kedua, Membuka Leher dan DadaSetelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.



Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.



Ketiga, Berpakaian Tapi TelanjangSyaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.



Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanitakasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).



Keempat, Agak di Buka SedikitSetelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah... . tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.



Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.



II. Terbuka Sedikit Demi SedikitKini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.



Pertama, Membuka Telapak Kaki dan TumitSyaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh... ... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala... ... . orang tetap menamakannya dengan jilbab."



Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.



Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh BetisTerbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."



Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.



Ketiga, Terbuka Seluruh BetisKini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."



Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah... ... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."



Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.



III. Serba MiniSetelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."



Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.



Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."



Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.





Wallahu a'lam bisshawab.

Doktor,Islam Dan Logik : Perbandingan Klasik dan Moden.

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirinmemikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalamdiri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihatkedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arabdan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-



1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullahs.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dankemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikitgaram menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akanmenghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!.Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalahkerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapatmenolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process ofdigestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral daritanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita ituadalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah makalumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiatuntuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garamjuga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr,dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalahdengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalangsihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.



2. Cara Rasulullah mengunyah



Rasulullah akan mengunyah banyak 40kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senangmemproseskan makanan itu.



3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).



MembacaBasmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria danracun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca makabakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullahminum. Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yangmenghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan janganbernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akanbernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kitahembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabilabercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, i!aitu sama dengan cuka,menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas,sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafassehingga habis.





4. Hukaman dalam Islam Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belumberkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?



Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atauantibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerahtulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yangbelum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakalalelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel inisehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang keranaperhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yangbelum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Iniadalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentangkesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapatmelawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodimelawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupundisebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadidengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkanvirus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh DrJamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikitinformasi yang diberikan oleh Mudarisana,



5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.



Mengapa ia terletak diMekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak diposisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dariPakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalahbetul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkanperpaduan ummah yang bergerak maju! bersama, equality and unity, tidakseperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorangpemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antaralagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali,Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.

BERCINTA DENGAN DAKWAH

Cinta adalah satu perasaan yang sangat sukar untuk diterjemahkan hakikatnya. Namun ia adalah suatu perasaan yang unik dan ia mampu menjadi seseorang itu daripada insan biasa kepada luar biasa.





Cinta juga bererti kemahuan, keasyikan, tarikan, kerinduan, dan keresahan yang wujud hasil daripada keterikatan perasaan kepada seseorang atau sesuatu. Cinta adalah penggerak yang menjadikan kita manusia yang terbaik dalam banyak perkara dalam kehidupan. Tidak kurang juga, cinta ini boleh membinasakan dan merosakan malah boleh menjadikan seseorang itu manusia yang sebaliknya.





Bicara perkongsian pada saat ini bukannya cinta biasa, tetapi apa yang ingin saya nyatakan ialah cinta terhadap jalan dakwah iaitu jalan menyeru kepada kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ianya bukannya sebarangan cinta malah terikatan jiwa dan ruh terhadap cinta ini sangat istimewa dan lain daripada lain.





Ada 2 (dua) pilihan ketika bertemu cinta, sama ada jatuh cinta atau membangunkan cinta. Jika saya, saya akan memilih yang kedua. Agar cinta saya nanti menjadi istana, tinggi mengapai syurga. Namun, jika cinta terhadap sesuatu yang istimewa maka saya ingin jatuh cinta dan juga membangunkan cinta terhadapnya sedalam-dalamnya. Cinta terhadap dakwah mulai berputik dengan jatuh cinta kepadanya dan disemarakan cinta ini agar terus mekar selamanya.



Bercinta dengan Dakwah



Jika dakwah adalah nafas-nafas yang terhembus setiap saat, maka jagalah agar ia tetap terhirup dan kita tetap hidup kerananya.





Jika dakwah dan tarbiyah adalah pedang-pedang yang siap dihunuskan, maka jadilah dalang-dalang yang akan memainkannya di medan laga.





Jika dakwah adalah jalan yang panjang, maka jangan berhenti sebelum kita temukan penghujungnya yang terang-benderang.





Jika dakwah adalah bunga, maka serbukanlah rekahnya agar ia terus menebarkan wangian ke seluruh penjuru dunia.





Jika dakwah itu adalah lambang kecintaan yang mendalam, maka benihkan dan semaikanlah perasaan itu agar ia menjadi sesuatu yang sentiasa dirindui dan disayangi sehingga ke akhirnya



Lambang kecintaan



Kecintaan kepada dakwah akan terus subur dan hidup apabila jiwa dan hati kita sentiasa dihubungkan kepada Allah SWT dan dekat denganNya. Inilah rahsia untuk kesentiasaan untuk menghirup udara dakwah sepanjang hayat. Ia terletak pada kesolehan hati dan kesempurnaan jiwa yang bersih dan jernih.



Kecintaan kepada dakwah didasari dengan dasar yang sangat nyata, benar dan sahih. Dasar kecintaan ini adalah kecintaan yang mutlak kepada Allah SWT tanpa ragu-ragu dan syak. Ia terus berkembang subur dengan perasaan takut dan kecintaan yang sepenuhnya kepada Allah SWT.



Dan antara lambang kecintaan kepada dakwah ialah kesanggupan dan sifat mujahadah yang tinggi melawan nafsu nafsu dan memerangi gejala dosa dan mungkar secara konsisten. Ia berlaku secara penuh sedar, faham dan yakin.



Seorang Salaful Soleh. Maimun Bin Mahran pernah berpesan :





“ Apabila seseorang hamba Allah SWT melakukan dosa maka akan wujudlah di dalam hatinya satu titik hitam. Apabila dia meninggalkan dosa itu dan bertaubat bersinarlah semula hatinya. Apabila dia kembali melakukan dosa akan tumbuhlah semula titik hitam di hati itu sehingga hatinya berkarat.”





Ungkapan Fudhail Bin ‘Iyadh ;





“ Bila engkau sulit untuk bangun di malam hari dan sulit berpuasa sunnah di siang harinya, ketahuilah engkau tengah terbelenggu oleh dosa-dosamu.”



Pesan seorang Ulama ;





“ Barang siapa yang ingin jiwanya bersih, maka bersihkanlah amal-amalnya. Barangsiapa yang membersihkan jiwanya, maka ia pasti dibersihkan, barangsiapa yang mengotori jiwa, maka ia akan dicemari.”



Tuan Haji Noorazman Shamsudin pernah menyebut dalam satu penyampaiannya ketika saya di IPT berkaitan Tarbiyah :



“ Tarbiyah bukan untuk tarbiyah, tetapi tarbiyah adalah (melaksanakan) untuk dakwah dan jihad.”



Muhammad Iqbal bermadah dengan bait-bait indah yang menyentuh rasa :



Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu!



Hanya dengan kesucian ruh jua amanah dan risalah ini dapat engkau jalankan

Risalah dan amanah ini adalah suci



Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumuran dosa dan noda

Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban yang berat ini.



Sucikanlah dirimu, lahir dan bathin, baru engkau ajak manusia menempuh jalan kesucian

Thahirum Muthahir, suci dan mensucikan, itulah peribadi mukmin yang sejati



Tangan yang berlumuran darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia



Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti kepada dunia dan manusia.



Bekalan Kecintaan Terhadap Dakwah



Inilah bekalan yang terbaik untuk dibawa pulang di saat hari pertemuan dengan Allah SWT. Tidak bekalan yang lebih baik, daripada bekalan dakwah yang isinya ialah taqwa. Tanpa kecintaan yang sebenarnya terhadap dakwah illallah ini, sudah tentu kita tidak akan mempunyai keghairah untuk sentiasa bersama dengannya. Bergerak dan hidup untuk dakwah yang suci dan menyucikan ini.



Abdullah Nasih Ulwan dalam sebuah bukunya yang sangat baik untuk ditatapi iaitu Madrasah Para Duat dibawah tajuk “ Rohaniyah Dai” menekan tentang pentingnya bekalan taqwa kepada para dai. Katanya : “ Apabila engkau melangkahi jalan tersebut ( jalan dakwah), engkau akan merasai tiupan sepoi-sepoi bayu keimanan, membekali sengkau dengan bekalan ketakwaan, menyinari jiwamu dengan sinaran kerohanian dan jadilah engkau insan yang soleh, mukmin yang bertaqwa, muslim yang warak dan lelaki yang ikhlas.”



Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal yang bermaksud :



“ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”



( Al-Anfal : 29)



Ya Allah, bimbingilah aku dan ampunilah segala dosaku

Ya Allah, matikanlah aku pada jalan ini dengan penuh keredhaan dan rahmat Mu

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ummat ini seluruhnya untuk terus mengembangkan serta mendaulatkan syariatmu.

Ya Allah, tanamkanlah rasa cinta yang mendalam dalam diriku untuk terus mencintai deen Mu dan dakwah ini.

MOHD SYAIFUL AZLAN BIN ABDUL RAHMAN

M - MENYINTAIMU ADALAH SATU KEINDAHAN BAGI KU....

O - OBOR CINTAMU SENTIASA MENERANGI KEHIDUPANKU....

H - HADIRMU BAGAIKAN PELANGI YANG MEWARNAI KESEDIHANKU....

D - DOA KU AGAR KAU TERCIPTA UNTUKKU DUNIA DAN AKHIRAT....



S - SAAT AKU KESEDIHAN KAU LAH TEMPAT AKU LUAHKAN SEGALANYA....

Y - YANG MEMBERIKAN SATU IMPIAN YANG HAKIKI....

A - AKAN KU SETIA KE AKHIR HAYAT MENYINTAIMU....

I - IZINKAN AKU MEMIMPIN MU SAYANG KE JALAN KEREDHAAN ILAHI

F - FASA CINTA KU TIADA DUANYA HANYA UNTUKMU KEKASIHKU

U - USAH KAU BIMBANG DENGAN DUGAAN DAN HALANGAN

L - LAYAR CINTA KITA PASTI MEMBAWA KEINDAHAN YANG BERKEKALAN



A - AKU AMAT MEMERLUKAN DIRIMU DALAM SETIAP NAFASKU

Z - ZAHIR DAN BATIN AKU IKHLAS MENJADI MILIKMU

L - LUAHAN DARI SETIAP HELAAN NAFASKU AGAR KAU TAHU CINTAKU

A - AKU MENDOAKAN AGAR TERCIPTA MAHLIGAI BAHAGIA KITA

N - NIKMAT KEBAHAGIAAN DAN KESEJAHTERAAN YANG KEKAL ABADI



B - BERIKAN AKU KASIHMU YANG TIADA DUANYA UNTUKKU SELAMANYA

I - IZINKAN AKU MEMILIKKIMU SELAMANYA

N - NAMA MU SENTIASA TERPAHAT UTUH DI HATIKU



A - ALLAH BERIKAN AKU KEYAKINAN BAHAWA KAU AMAT MENYINTAIKU

B - BANYAKNYA LIMPAHAN KASIH DAN CINTAMU MEMBUAT AKU TERSENYUM

D - DENGAN DOA DAN RESTU KITA PASTI BERSATU BAHAGIA

U - UNTUK SELAMANYA CINTA DAN KASIH KITA KEKAL SELAMANYA

L - LUAHKAN LAH SEGALA CINTAMU AGAR KU TAHU KAU SENTIASA MENYINTAIKU



R - RUPAMU MEMBUAT AKU TERMIMPI DI ALAM LENA...

A - ANDAI TERCIPTA DIRIMU UNTUK DIRIKU

H - HARAPAN KU AGAR AKU DAPAT MEMBIMBINGMU DUNIA AKHIRAT

M - MOGA KITA MENJADI PASANGAN YANG SENTIASA MENGINGATI ALLAH SWT

A - AGAR SENTIASA TERLINDUNG MAHLIGAI KITA NANTI DENGAN BERKAT ILAHI

N - NIKMAT ITU PASTI BERKEKALAN SEHINGGA KU MENUTUP MATA ....



TAK LEH TIDUR ..SAJA BUAT PUISI CINTA DARI NAMA SENDIRI...WALAUPUN TIDAK DITUJUKAN UNTUK SIAPA2...LUAHAN HATI SEORANG HAMBA YANG SERBA BIASA.

Hijrah Ke Arah Lebih Baik

Bagi kita umat Islam, alangkah ruginya jika kita tidak menyambut ketibaan tahun baru Islam ini dengan penghayatan kisah Hijrah Rasulullah saw. Alangkah ruginya jika kita lebih mengagungkan ketibaan tahun baru Masehi 2009 daripada tahun Islam kita sendiri. Jika bukan kita umat Islam yg mengimarahkan tahun Islam ini, maka SIAPA LAGI ??





Apakah yang dimaksudkan dengan HIJRAH ?





Perkataan HIJRAH berasal dari bahasa Arab yang ertinya "meninggalkan sesuatu perbuatan" atau "menjauhkan diri dari pergaulan" atau "berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain. Menurut syariat, HIJRAH itu mempunyai 3 maksud:





1. Hijrah dari meninggalkan semua perbuatan yang terlarang oleh Allah. Hijrah ini adalah wajib bagi seluruh umat Islam berdasarkan Hadis Nabi saw:



"Orang2 yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yg Allah telah melarang daripadanya" (Riwayat Bukhary dari Abdullah bin Umar r.a)





2. Hijrah mengasingkan diri dari pergaulan orang2 musyrik atau orang2 kafir yang menfitnahkan orang2 Islam atau mempersendakan agama Islam.



Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam (An Nisa : 140)







3. Hijrah (berpindah) dari negeri atau daerah orang2 kafir atau musyrik ke negeri/daerah orang2 muslim sekiranya mereka tidak berkuasa atau mampu untuk mengerjakan amal ibadah atau terpaksa melakukan perkara yang terlarang oleh Allah. Ini berdasarkan peristiwa hijrah sahabat2 ke Habsyah dan hijrah besar dari Mekah ke Madinah.





Bagaimanapun sekarang ini, Hijrah yang paling besar adalah hijrah dari meninggalkan perbuatan terlarang ke perbuatan yang baik dan ini juga merupakan satu jihad yang amat besar di sisi Allah seperti Hadis Rasulullah saw : " Jihad yang paling besar adalah jihad melawan NAFSU"





Apakah HIJRAH masih berlaku dan relevan pada kita umat Islam masa kini ??



YA ! PASTI ! Sesungguhnya terdapat lebih dari 30 firman Allah yang menceritakan perihal perkara Hijrah, tentang tujuan dan ganjaran bagi perbuatan hijrah tersebut. Bagi maksud pertama dan kedua di atas, proses Hijrah sudah pasti terus berlaku dan wajib bagi kita umat Islam sepanjang masa. Bagi maksud Hijrah yang ketiga, hijrah akan menjadi wajib apabila keadaan memaksa atau memerlukan kita berbuat demikian.





Banyak ayat2 Hijrah yang berpasangan dengan perkataan JIHAD menunjukkan betapa kuatnya perkaitan atau sinergi antara kedua perkara Hijrah dan Jihad ini dalam amalan kita sebagai hamba Allah yang beriman.





Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berHIJRAH dan berJIHAD di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (AL Baqarah : 218)





Orang-orang yang beriman dan berHIJRAH serta berJIHAD di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (At Taubah : 20)





Dua ayat di atas daripada berpuluh ayat-ayat Hijrah yang lain sudah cukup membuktikan bahawa proses HIJRAH ini masih relevan dan akan terus berlaku hingga akhir zaman dan sudah tentu menjadi kewajipan bagi kita umat Islam.





Bagaimanapun bagi para pejuang agama Allah (Islam) dalam membela agama dan syariat Islam serta orang2 Islam, maka firman Allah dibawah adalah janji dan motivasi yg Allah sampaikan secara langusng kepada kita melalui kekasihnya Rasulullah saw:





Dan orang-orang yang berhijrah karena Allah (dalam membela agama Allah) sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat yang baik-baik kepada mereka di dunia dan sesungguhnya ganjaran di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Allah saja mereka bertawakal. (An Nahl : 41-42)





Akan tetapi ada juga orang yg mengatakan bahawa proses Hijrah ini sudah berakhir di zaman Rasulullah saw dan tidak berlaku lagi seperti Hadis dibawah:





"Tidak ada Hijrah lagi sesudah FATH (pembukaan) kota Mekah, tetapi hanya jihad dan niat"





Secara ringkas, hadis ini bermaksud sesudah terbuka atau jatuhnya kota Mekah pada kekuasaan Rasulullah saw dan para Sahabat, maka tidak ada lagi hijrah bagi kaum muslimin tetapi yang tetap ada adalah jihad dan niat untuk mempertahan dan membela agama Islam.





Begini penjelasannya yang sebenar :



Hadis ini bermaksud bahawa Hijrah dari Mekah ke Madinah untuk peribadi Rasulullah saw dan para sahabatnya sudah selesai kerana apa yg telah terjadi itu sudah pasti tidak dapat diulangi mereka lagi. Begitu juga dengan Hijrah sebahagian sahabat ke Habsyah sebanyak 2 kali sebelum Hijrah besar ke Madinah.



Sesudah futuhnya (pembukaan) kota Mekah di tangan kaum muslimin maka tidak ada lagi Hijrah dari Mekah ke Madinah.



Keterangan ini dapat diperjelaskan dan diperkuatkan dengan perkara2 berikut:





a. Firman Allah mengenai Hijrah yg lebih daripada 30 ayat di dalam Al Quran dan tidak ada satu pun antara ayat2 tersebut yang memberitahu bahawa perintah Hijrah itu telah dihapuskan hukumnya. Maka, perintah Hijrah ini tetap terus berlaku dan menjadi syarat kedua selepas beriman sebelum proses Jihad berlaku bagio setiap individu Muslim.





b. Hadis-hadis Rasulullah saw yang antaranya:





"Tidak berputus HIJRAH sehingga berputuslah TAUBAT." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan An Nasai dari Muawiyah r.a.)





"Tidak berputus HIJRAH selama orang-orang kafir diperangi." (Riwayat An Nasai dari Abdullah bin As Sa'dy)





c. Sehingga hari ini belum ada seorangpun ulamak Islam yg muktabar dan adil dari kalangan ahli tafsir dan ahli hadis yg menyatakan bahawa ayat Hijrah itu telah mansuh atatu terhapus hukumnya .





Sesungguhnya peristiwa besar HIJRAH Rasulullah saw dan para Muhajirin adalah satu titik permulaan yang menyebabkan agama Islam tumbuh subur di seluruh pelusuk dunia. Maka sudah pasti dan seharusnya, kita para umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya mengambil pimpinan HIJRAH Rasulullah saw sebagai tauladan kepada kita dan selanjutnya terus menghidupkan amalan HIJRAH di dalam hati dan amalan kita dengan penuh ikhlas.





Jadi adakah kita sudah bersedia untuk melakukan proses Hijrah diri kita kepada perkara yg dirahmati Allah secara TOTAL? Jika belum, BILA LAGI? Adakah kita pasti bahawa MAUT masih jauh lagi? Atau, hanya esok hari atau beberapa jam lagi?





Mudah-mudahan MAAL HIJRAH 1430 ini menjadi ingatan dan tauladan serta diterapkan kepada amalan kita sehari-hari terutama pada diri saya sendiri yang sering alpa dan hanyut dengan nikmat dunia yg hanya mainan, senda-guran dan sementara ini.



Wallahu'alam bissawab

Kesalahan yang dilakukan dalam sembahyang(solat)

SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya. Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:



• Meninggalkan sembahyang.Hal ini adalah suatu kekufuran berdas arkan Al-Quran, sunnah dan ijmak. Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4). Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).



• Melengah-lengahkan solat.Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103). Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar. Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).



• Meninggalkan solat berjemaah.Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah). Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 43). Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).



• Tidak thuma'ninah dalam solat.Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.



• Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.



• Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).



• Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.



• Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim). "Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebina saan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)



• Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.



• Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan. Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."



• Melintas di depan orang yang sedang solat.Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).



• Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.



• Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya. Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).



• Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang. Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).



• Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata. Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.



• Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).



• Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)

Nikah Khitbah

Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.

Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.

Firman Allah swt yang bermaksud :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

* Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin

* Memberi insentif sebagai galakan berkahwin

* Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan

* Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma

* Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan

* Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan

* Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

* Suami

* Isteri

* Wali

* Saksi

* Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

* Masih menuntut di kolej atau universiti

* Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah

* Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.
Kelebihan Nikah Gantung

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.
Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

Penerimaan Masyarakat

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.

Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.

Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.
b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

Ahad, 4 Oktober 2009

Puisi Untuk Semua Wanita Di Luar Sana..


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

Betapa besar pengorbanan ibu.....


Anakku,…
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu…
Karena dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak,… engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak karena kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, karena ibu kecewa dan berurai air mata…

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Karena menunggu dari jam ke jam, menit ke menit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga
Karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan adzan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan tetesan-tetesan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…

Wanita Solehah Hiasan Terindah Dalam Kehidupan


Penyeri Taman Syurga Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.... Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya... Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah... Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud... "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim Wanita Menurut Perspektif Islam Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." An-Nisaa : 124 Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : "Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." HR At-Tirmidzi Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud.... "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."Al-Bukhary dan Muslim. Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri merek dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita menurut perspektif Islam adalah : Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati. "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya." Ar Ruum : 21 Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan. " Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang."Ar Ruum : 21. Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan. "Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri- isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu."An Nahl :72

Peringatan Dari Allah...Makin Banyak Sejadah Berdiri


Assalamualaikum....wbt...just nak share something yang boleh memberi peringatan buat sahabat2 semua...........

Jika pada pertengahan bulan lalu, penduduk di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas digemparkan dengan kejadian sejadah 'berdiri' yang menyerupai orang sedang bersembahyang, kejadian yang sama berlaku di Permatang Pauh di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian di Taman Haji Mohd. Amin itu, sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik tiba-tiba 'berdiri' menyerupai orang sedang bersembahyang dalam keadaan duduk antara dua sujud.

Menurut Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, sebelum kejadian itu, dia bersama isterinya, Zainab Ramli, 26, yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di taman itu telah berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan kepastian arah kiblat dengan menjadikan arah kiblat sebuah masjid berhampiran rumah sebagai panduan.

"Sebaik tiba di rumah kira-kira pukul 8.10 malam (kelmarin), isteri saya telah membentangkan sehelai sejadah yang sering kami gunakan untuk menunjukkan kepada saya arah kiblat.

"Tidak lama kemudian, kami pun membiarkan sejadah berkenaan terbentang dan saya terus ke ruang tamu untuk memandikan anak kami manakala isteri saya menggosok pakaian di dalam bilik dengan membelakangkan sejadah tersebut," katanya yang telah menyewa rumah berkenaan sejak lebih setahun lalu.

Menurutnya, kira-kira pukul 9.45 malam ketika isterinya ingin menggantung pakaian yang sudah digosok, tiba-tiba dia terlihat sejadah tersebut sudah 'berdiri' tegak melebihi 0.3 meter dan membentuk seperti seorang wanita yang sedang bersembahyang menghadap arah kiblat.

Mungkin adakah ini petanda dari Ilahi....memandangkan ramai di antara kita yang makin lalai dalam menjalankan ibadah solat...sedangkan ia adalah kewajipan semua muslim.Kita sering memberikan alasan2 berbagai-bagai walaupun solat itu tiang keimanan kita.Sedarlah wahai semua muslim dunia semakin tenat sekarang dengan pelbagai bala dan musibah yang melanda kita.Contohnya beberapa minggu ini,kita digemparkan dengan tsunami di samoa,kemudian gegaran di padang sumatera dan ribut taufan yang hebat melanda asia tenggara.....tidak kah kita sedar itu petanda yang mengatakan bumi makin tua dan mendekatkan kita pada hari penentuan iaitu hari kiamat....Adakah kita bersedia untuk berhadapan dengan hari kiamat sedangkan keimanan kita cuma senipis kertas....Cuma kesedaran kita yang mampu mengubah diri kita lebih bersedia menghadapinya.Allah memberi petanda supaya kita mengingatiNya tapi bukan saja diwaktu susah malahan di waktu kita senang pun kita wajib mengingatiNya.....Ramai yang beranggappan solat itu perkara-perkara main....sedangkan solat adalah yang mula akan dihitung bila kita berhadapan hari kiamat kelak.

Selain itu solat juga merupakan perkara pertama yang dihisab pada hari kiamat nanti hari yang tiada manfaat harta atau kekuatan kecuali yang datang menemui Allah dengan hai yang suci bersih. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Anas :

أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة الصلاة، فإن صلحت صلح سائر عمله، وإن فسدت فسد سائر عمله‏.

Ertinya : perkara pertama yang akan dihitung dengan akan seseorang hamba itu ketika hari kiamat ialah solat, jikalau ianya baik maka baiklah seeluruh amalannya, jikalau rosak maka rosaklah seluruh amalannya.

Oleh itu, saya berharap dapat mencuri penglihatan buat sahabat semua bahawa solat merupakan sesuatu yang amat besar dan perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam Islam.

Apabila sesorang hamba itu menunaikan solat, seringkali terdetik dalam minda fikirannya segala daripada perkara keduniaan mahupun baik ataupun buruk. Maka ketahulilah ianya merupakan was-was syaitan supaya kita lalai dalam melaksanakan solat tersebut. Mungkin kita dapati solatnya sah cukup rukun dan syarat. Tetapi adakah kita khyusyuk dalam menunaikannya. Ini persoalan yang kita perlu sentiasa Tanya dan tersu Tanya dalam diri kita. Solat yang khyusyuk merupakan suatu nikmat yang tidak terperi daripada Allah s.w.t. jikalau para raja dan pemerintah pada masa ini mengetahuinya nescaya mereka akan memerangi kita utk mendapatkannya. Kerana nikmatnya amatlah indah tidak terbayang. Namun saya bukanlah ingin menceritakan tentang halawah atau kemanisan tersebut, tetapi ingin menceritakan salah satu cara utk mencapainya yang terdetik dalam minda saya beberapa ketika dahulu.

Apabila kita berusaha utk mencapai sesuatu dan berdoa bersungguh-sungguh maka Allah akan tunjukkan jalannya dengan mudah. Ini yang saya imani dan yakini dengan sepenuh hati, jikalau tidak cepat maka ianya akan lambat, jikalau tidak lambat maka ia akan cepat datang.

Semoga kita semua tersedar akan kepentingan melakukan solat kerana ialah penghubung kita dengan Ya Rabbi Ya Rahman Ya Rahim .....semoga Allah menjadikan kita hambaNya yang selalu di jalan kebaikan dan sentiasa mengikut setiap arahan dan perintahNya dan meninggalkan semua laranganNya.....semoga diampunkan segala dosa2 kita yang sedar atau tidak ...semoga dikabulkan segala doa dan hajat Dan dijauhkan kita semua dari semua malapetaka dan bala yang menimpa dewasa ini.amin ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal 'Alamin.

Wallahualam.

Ujian Bukan Untuk Melemahkan Kita Tapi Sebagai Motivasi kita...


Bismillahirrahmanirrahim.. Sesungguhnya hidup kita ini memang tidak lari daripada masalah ataupun ujian. Namun ujian itu mempunyai pelbagai manfaat. Di antaranya ialah merasakan nikmat Allah. Marilah kita hayati kata-kata seorang ulama' yang saya petik daripada buku buku Alibtila' tathhirun wa ni'matun min rabbil ardhi was sama'i (Hani Saad Ghunaim) terjemahan: Seni menikmati ujian dengan sedikit pengubahsuaian.

Sahabat-sahabat........

Kita tidak akan merasakan nikmatnya kemenangan kecuali jika kita pernah mengalami pahitnya kekalahan. Kita tidak dapat merasakan kenikmatan mata kecuali jika kedua mata kita pernah sakit. Kita tidak dapat merasakan nikmatnya kaki kecuali jika ia telah dipotong. Serta kita tidak dapat merasakan nikmatnya tangan kecuali jika telah lumpuh.

Maka gunakanlah nikmat-nikmat Allah yang diberikan kepada kita kepada kebaikan dan jangan gunakan untuk bermaksiat kepadaNya. Jenguklah orang-orang yang tertimpa ujian supaya kita boleh menghibur mereka, memberikan sokongan moral dan menyuruh mereka bersabar atau kita boleh belajar bersabar dengan mereka sebelum kita diuji, kita berdoa untuk kebaikan diri kita serta kita boleh bersyukur kepada Rabb kita yang telah memberikan keselamatan dari apa-apa yang diujikan kepada mereka.

Sebab, Rasulullah sallallahu'alaiaahiwasallam telah memberikan nasihat kepada kita, jika salah seorang dari kita melihat orang yang tertimpa ujian, hendaknya ia berdoa:

اَلْحَمْدُ الَّذِيْ عَاْفَاْنِيْ مِمَّاْ ابْتَلاَكَ بِهِ وَفَضَّلَنِيْ عَلـٰى كَثِيْر مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيْلاً, لم يصبه ذلك البلاء
maksudnya:" Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan diriku dari apa-apa yang diujikan kepadamu dan yang telah melebihkan diriku dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang Dia ciptakan," nescaya ujian tersebut tidak akan menimpa dirinya. (Hassan, At-Tirmidzi (3432), Sahihul Jami' (6248)

Pesanan Bumi Kepada Manusia.....


ANAS bin Malik meriwayatkan bahawa manusia sering alpa dan leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara.


Beliau berkata, saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia dan mengingatkan manusia akan usia mereka yang semakin dekat ke penghujung kehidupan dan peringatan supaya anak Adam merenung jumlah amalan mereka untuk dijadikan bekalan selepas mati.

Katanya, sesungguhnya, setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:-

Wahai anak Adam!

(1)Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingat, engkau akan dimasukkan ke
dalamnya kelak!

(2)Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan
diazab dalam perutku!

(3)Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingat, engkau akan menangis di dalam
perutku!

(4)Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan kecewa
dalam perutku!

(5)Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan
menyesal dalam perutku!

(6)Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingat, engkau
akan dimakan oleh ulat dalam perutku!

(7)Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan dihina dalam
perutku!

(8)Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan
jatuh dalam perutku dalam keadaan dukacita!

(9)Engkau hidup bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku,
tetapi ingat, engkau akan tinggal dalam kegelapan dalam perutku!

(10)Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingat, engkau akan
keseorangan di dalam perutku!

Wallahualam.

Kerana Kau Ibuku...Semoga Kasih Allah Kepada Ibuku Sentiasa Mekar..


Astaghfirullahaladzim...

Aku tersedar dari mimpi ku, mimpi yang cukup memeritkan dan tak sanggup untuk aku teruskan tidurku. Sesungguhnya jika mimpi-mimpi itu benar berlaku, pasti binggung dan gila dibuatnya, pasti hilang kekuatan dan semangat untuk hidup di dunia fana ini. Apakah hikmah disebalik mainan tidur ku itu?



Perlukah aku kehilangan IBU ku?



Sememangnya sukar untuk ku terima kenyataan itu, walaupun hanya hadir dalam mimpi. Sukar… Tiada persiapan lansung untuk itu untuk menyambut hari-hari berikutnya.



Ku langkahkan kaki lemah ku untuk berwuduk, persiapan mengadap Yang Esa. Solatku tak seperti biasa, doa qunut ku tak selaju roket seperti biasa, rukuk dan sujud ku tak seperti ayam mematuk bumi seperti biasa. Hari ini aku tak mengejar tidur seperti biasa, mainan tidur tadi masih di benak ku lantas menghilangkan keinginan untuk menyorok di bawah selimut kembali.



Selepas berdoa kepada Ar-Rahim, aku duduk di atas sejadah.. Berfikir..



Hari ini bila ku buka mata, ibu masih bersamaku.

Perasaan ku selamat, lega dan cinta.

Apa yang bakal ku rasa kalau ibu TIADA?

Adakah sama perasaannya seperti bila aku sesat di Subang Parade ketika kecil dulu?

Takut, sunyi, kelam, gusar dan kosong.

Tapi aku perlu sedar, bahawa tiada yang ciptaan-Nya akan kekal melainkan Dia yang Esa, Magrifah-Nya pasti mencapai kita. Samada ibu akan pergi dahulu atau aku yang bakal mengadap-Nya dahulu, itu adalah kenyataan yang perlu ku terima. Tapi sebelum kami terpisah, apakah yang telah ku berikan pada ibu?



Tengkingan dan kata-kata kasar sebagai balasan teguran ibu?

Surat aduan disiplin selepas dia menghantar ke sekolah?

Atau kotak-kotak rokok yang dibeli dari duit belanja yang diberikan ibu?

Panggilan telefon meminta wang belanja ketika di asrama?

Atau pun bunyi hentaman dan hempasan pintu bilik bila dimarah ibu?



Ibu pula??

Ibu tak pernah mengeluh kesakitan bila mengandungkan aku..dia kata dia sanggup demi aku.

Ibu tak pernah mengeluh kesedihan apabila dimarah bos bila menghantarku ke sekolah ketika waktu kerja.. dia kata tak nak aku berpeluh ke sekolah.

Ibu tak pernah mengeluh kelaparan apabila makan roti kosong bila aku mintak KFC di tengah-tengah bulan.. dia kata dia dah kenyang walaupun tak makan dari pagi.

Ibu tak pernah mengeluh keletihan bila terpaksa berjalan kaki balik ke rumah di tengahari terik kerana tak menyuruh aku ambil.. dia kata dia tak mahu menyusahkan ku.

Ibu tak pernah mengeluh kecewa bila ku tunjuk surat buang sekolah.. dia kata dekat cikgu dia tak reti didik anak.





Tak mampu ku ukur dan menimbang keagungan kasih sayang dan jasamu selama ini kerana kasih ibu adalah kurniaan dari-Nya, kasih ibu itu tulus, kasih ibu itu sejati, kasih itu abadi hingga nafas terhenti. Di hujung subuh itu sebelum ku lipat sejadah, ku hadiahkan ibu sekalung doa..


Kepada anak2 yang pernah menderhaka dan melawan kata ibu,mak atau yang sebaris dengan makna ibu...mohonlah keampunan kepada ibu mu dan ayahmu tanpa mereka siapalah kita.....bila kehilangan mereka....takkan dapat dibasuh dengan airmata darah anda sekalipun.


Ya ALLAH…
Rendahkanlah suaraku bagi ibuku…
Perindahlah ucapanku di depan ibuku …
Lunakkanlah watakku terhadap ibuku dan
Lembutkan hatiku untuk ibuku …

Ya ALLAH…
Berilah ibuku balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikannya padaku…
dan Pahala yang besar
atas kesayangannyayang di limpahkan padaku…
peliharalah ibuku sebagaimana mereka memeliharaku…

Ya ALLAH…
Apa saja gangguan yang telah dia rasakan
atau kesusahan yang dia deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak dia kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab runtuhnya dosa-dosanya
dan bertambahnya pahala kebaikannya
dengan perkenan-MU ya ALLAH…
hanya ENGKAULAH
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda…

Ya ALLAH…
Bila magfirah-MU telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah ibuku
memberi syafa’at untukku….
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk ibuku,
sehingga kami berkumpul bersama dengan santunan-MU
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-MU,
ampunan-MU serta rahmat-MU…
Sesungguhnya ENGKAUlah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
ENGKAUlah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih…

Amiiin Ya Rabbal ‘Alamiiin…”

Wanita ahli neraka dan seksaannya

Rasulullah S.A.W bersabda: Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan kecantikan.
Lalu Rasulullah bersabda: "Aku menangis sewaktu aku diisrakkan ke atas langit, aku melihat para wanita umatku tengah disiksa di dalam neraka. Aku melihat 10 macam siksaan bagi kaum wanita, iaitu:

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia tidak mahu tutup (melindungkan) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w.bersabda: "Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya."
Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah melihat kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa di siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.

4. Orang perempuan yang diikat kakinya, adalah kerana dia keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas, bagi membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan keaiban orang lain.

6. Orang perempuan yang memotong-motong buah dadanya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan orang ramai, dan bermaksud supaya orang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7. Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kalajengking adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wuduk dan dia tidak mahu mengerjakan solat serta tidak mahu mandi junub.

8. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala **** dan badannya pula seperti keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

10. Dan perempuan yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut serta keluar dari duburnya itu adalah perempuan yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada suaminya.

Kenapa Malas Bersolat...?


Kenapa lah. Aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun seorang-seorang.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!