THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Ahad, 4 Oktober 2009

Peringatan Dari Allah...Makin Banyak Sejadah Berdiri


Assalamualaikum....wbt...just nak share something yang boleh memberi peringatan buat sahabat2 semua...........

Jika pada pertengahan bulan lalu, penduduk di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas digemparkan dengan kejadian sejadah 'berdiri' yang menyerupai orang sedang bersembahyang, kejadian yang sama berlaku di Permatang Pauh di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian di Taman Haji Mohd. Amin itu, sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik tiba-tiba 'berdiri' menyerupai orang sedang bersembahyang dalam keadaan duduk antara dua sujud.

Menurut Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, sebelum kejadian itu, dia bersama isterinya, Zainab Ramli, 26, yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di taman itu telah berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan kepastian arah kiblat dengan menjadikan arah kiblat sebuah masjid berhampiran rumah sebagai panduan.

"Sebaik tiba di rumah kira-kira pukul 8.10 malam (kelmarin), isteri saya telah membentangkan sehelai sejadah yang sering kami gunakan untuk menunjukkan kepada saya arah kiblat.

"Tidak lama kemudian, kami pun membiarkan sejadah berkenaan terbentang dan saya terus ke ruang tamu untuk memandikan anak kami manakala isteri saya menggosok pakaian di dalam bilik dengan membelakangkan sejadah tersebut," katanya yang telah menyewa rumah berkenaan sejak lebih setahun lalu.

Menurutnya, kira-kira pukul 9.45 malam ketika isterinya ingin menggantung pakaian yang sudah digosok, tiba-tiba dia terlihat sejadah tersebut sudah 'berdiri' tegak melebihi 0.3 meter dan membentuk seperti seorang wanita yang sedang bersembahyang menghadap arah kiblat.

Mungkin adakah ini petanda dari Ilahi....memandangkan ramai di antara kita yang makin lalai dalam menjalankan ibadah solat...sedangkan ia adalah kewajipan semua muslim.Kita sering memberikan alasan2 berbagai-bagai walaupun solat itu tiang keimanan kita.Sedarlah wahai semua muslim dunia semakin tenat sekarang dengan pelbagai bala dan musibah yang melanda kita.Contohnya beberapa minggu ini,kita digemparkan dengan tsunami di samoa,kemudian gegaran di padang sumatera dan ribut taufan yang hebat melanda asia tenggara.....tidak kah kita sedar itu petanda yang mengatakan bumi makin tua dan mendekatkan kita pada hari penentuan iaitu hari kiamat....Adakah kita bersedia untuk berhadapan dengan hari kiamat sedangkan keimanan kita cuma senipis kertas....Cuma kesedaran kita yang mampu mengubah diri kita lebih bersedia menghadapinya.Allah memberi petanda supaya kita mengingatiNya tapi bukan saja diwaktu susah malahan di waktu kita senang pun kita wajib mengingatiNya.....Ramai yang beranggappan solat itu perkara-perkara main....sedangkan solat adalah yang mula akan dihitung bila kita berhadapan hari kiamat kelak.

Selain itu solat juga merupakan perkara pertama yang dihisab pada hari kiamat nanti hari yang tiada manfaat harta atau kekuatan kecuali yang datang menemui Allah dengan hai yang suci bersih. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Anas :

أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة الصلاة، فإن صلحت صلح سائر عمله، وإن فسدت فسد سائر عمله‏.

Ertinya : perkara pertama yang akan dihitung dengan akan seseorang hamba itu ketika hari kiamat ialah solat, jikalau ianya baik maka baiklah seeluruh amalannya, jikalau rosak maka rosaklah seluruh amalannya.

Oleh itu, saya berharap dapat mencuri penglihatan buat sahabat semua bahawa solat merupakan sesuatu yang amat besar dan perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam Islam.

Apabila sesorang hamba itu menunaikan solat, seringkali terdetik dalam minda fikirannya segala daripada perkara keduniaan mahupun baik ataupun buruk. Maka ketahulilah ianya merupakan was-was syaitan supaya kita lalai dalam melaksanakan solat tersebut. Mungkin kita dapati solatnya sah cukup rukun dan syarat. Tetapi adakah kita khyusyuk dalam menunaikannya. Ini persoalan yang kita perlu sentiasa Tanya dan tersu Tanya dalam diri kita. Solat yang khyusyuk merupakan suatu nikmat yang tidak terperi daripada Allah s.w.t. jikalau para raja dan pemerintah pada masa ini mengetahuinya nescaya mereka akan memerangi kita utk mendapatkannya. Kerana nikmatnya amatlah indah tidak terbayang. Namun saya bukanlah ingin menceritakan tentang halawah atau kemanisan tersebut, tetapi ingin menceritakan salah satu cara utk mencapainya yang terdetik dalam minda saya beberapa ketika dahulu.

Apabila kita berusaha utk mencapai sesuatu dan berdoa bersungguh-sungguh maka Allah akan tunjukkan jalannya dengan mudah. Ini yang saya imani dan yakini dengan sepenuh hati, jikalau tidak cepat maka ianya akan lambat, jikalau tidak lambat maka ia akan cepat datang.

Semoga kita semua tersedar akan kepentingan melakukan solat kerana ialah penghubung kita dengan Ya Rabbi Ya Rahman Ya Rahim .....semoga Allah menjadikan kita hambaNya yang selalu di jalan kebaikan dan sentiasa mengikut setiap arahan dan perintahNya dan meninggalkan semua laranganNya.....semoga diampunkan segala dosa2 kita yang sedar atau tidak ...semoga dikabulkan segala doa dan hajat Dan dijauhkan kita semua dari semua malapetaka dan bala yang menimpa dewasa ini.amin ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal 'Alamin.

Wallahualam.

0 comments: