THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Ahad, 5 Julai 2009

RUKUN ISLAM

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara:-

bahasa Arab: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة والحج وصوم رمضان'
  1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menerima bahawa Tuhan (Bahasa Arab: Allah) itu tunggal dan nabi Muhammad s.a.w itu rasulNya.
  2. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
  3. Membayar zakat - iaitu biasanya 2.5% jumlah simpanan untuk seorang kaya bekerja dalam perdagangan atau industri, dan 10% atau 20% hasilan tahunan untuk para petani. Wang atau hasilan ini dibahagikan di kalangan fakir miskin.
  4. Berpuasa pada bulan Ramadan.
  5. Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu.
1.Mengucapkan dua kalimah syahadah

Syahādah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam.

2.Menjalankan solat sehari semalam 5 Waktu :

Sembahyang itu wajib pada semua Muslim lima kali sehari. Sembahyang lima waktu ini dikenali sebagai Fardu or sembahyang wajib. Waktu Solat ini telah ditentukan masanya setiap hari:

Sebelum sembahyang dapat dilakukan, seorang harus bersih diri. Pembersihan ini dikenali sebagai Wudhu. Ia harus dilakukan kalau seorang telah pergi ke bilik air, kentut , muntah, atau berdarah. Air sembahyang yang penuh (ghusl) diwajibkan selepas hubungan seks, dan disunatkan sebelum sembahyang Jumaat.

Solat harus dilakukan dalam Bahasa Arab, yakni bahasa Quran. Ketika sembahyang, orangnya bersujud dan melutut ke arah Kaabah di Makkah. Sesinya berakhir dengan memandang ke kanan dan kemudian ke kiri, menyebut "Assalamu 'alaikum," atau salam sejahtera bagimu.

3.Menunaikan Puasa Di Bulan Ramadhan

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Firman Allah SWT

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah S.A.W

Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

5.Membayar Zakat Dan Fitrah

Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam.

Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya

5.Mengerjakan haji bagi yang mampu

Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islamyang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :

(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)

Artinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."


0 comments: